• News

    16 August, 2022

    Bila Mak Hang Malas Masak

    2, 3 hari ni kan, mood nak masak tu tak berapa nak muncul dalam diri, tak pasti hilang ke mana. 😂 



    By the way, bukan lah malas nak masak tahap tak masak apa-apa, masak jugak, tapi masak yang simple-simple je lah. Malas nak masak nasi, sebab nanti kena masak lauk pulak. Padahal stok ikan, ayam, udang ada je dalam peti ais tu, tapi itu lah, mood nak masak lauk tu tak kunjung tiba. Tibeeee… 😂



    Kesian anak-anak dapat mak yang pemalas 😂 makan je lah anak-anak oii apa yang mak hangpa masak ni. Tengok hangpa gemuk-gemuk jugak (mak hangpa pun sama, gemuk jugak 😂)



    Kalau semalam aku dah masak kuetiaw goreng, ehh harini aku masak mee goreng pulak. Hahaha.. Nasib baik anak-anak aku makan, tapi itu lah, depa ni jenis perut nak nasi. Ok, esok mama hangpa masak nasi dengan lauk ikan, dan sayur jugak. Hehehe..



    Aku punya level malas, kalau goreng mee atau kuetiaw, tak berapa rajin nak blend cabai kering dengan bawang segala bagai, ehh guna je perencah mee goreng Adabi. Senang kerja aku haaaa. Tak pedas, just nice! Kalau pedas sangat, kesian anak aku nak makan. Hatta aku sendiri pun tak boleh makan. Perut anak mat saleh kot, tak boleh makan pedas. Jadi bila pakai perencah mee goreng Adabi ni senang kerja aku. Letak lah cili padi sebijik kalau nak rasa pedas-pedas manja gitu.



    Tiba-tiba malam ni aku ter rajin sikit, sebab petang tadi anak aku request nak makan sambal udang. Jadi, gigih lah mak depa ni blend cabai kering dengan bawang, nak buat sambal udang. Masak je lah malam ni siap-siap, esok pagi panaskan balik sambal udang tu, dan tanak nasi sambil-sambil siapkan anak-anak pi sekolah. Multitasking kan aku? Hahaha… Begitu lah nasib isteri seorang tentera yang terpaksa handle anak-anak seorang diri sebab suami dia berkhidmat di negeri berlainan. Haahahaha… 



    Tiba-tiba pulak tercerita bab PJJ (perkahwinan jarak jauh) kami laki bini 😂 well, lambat pulak laki nak pencen, cepat lah sikit balik sini, letih dah ni jaga anak sorang-sorang. Hahahaha.. 




    Haritu pi beli udang dekat Taman Venice tu, beli lah udang ni, 500gram RM15. Aku tak masak semua udang aku beli ni, simpan dalam 8 ke 10 ekor, mana tau lepas ni nak goreng mee ke apa. Ehhh mee lagi? Hahahaha…




    Ni lah perencah mee goreng Adabi. Memang aku pengguna tegar perencah mee goreng Adabi ni oiii. Adabi, sila hire aku jadi duta produk hangpa ni weyyy…




    Semalam dah makan kuetiaw goreng, letak sotong dengan apa eh? Dah lupa. Sayur jangan tanya dimana, mak depa ni bukan pemakan sayur sangat. Hahaha..




    Ok, malam ni menu kita mee goreng ye wahai anak-anak. Malam ni special sikit mee goreng kita, mak hangpa letak 2 jenis sayur mayur, iaitu sawi dan kobis. Selamat menjamu selera ye wahai anak-anak ku yang tercinta. Semoga kenyang dan membesar dengan sihat walafiat hendaknya. Amin.



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers