• News

    04 August, 2022

    Indahnya CiptaanMu

    Bila umur dah dekat nak cecah 40 tahun ni kan, aku realized yang aku sangat suka ambik gambar langit, laut, benda-benda yang melibatkan nature ni lah. Gambar makanan dan gambar anak-anak tu of course lah still benda yang paling aku suka captured. Hahahaha.



    Aku ni, pantang masa sampai parking lot tempat kerja aku, or masa balik tu, ternampak lah awan yang cantik, langit yang indah, memang kelam kabut aku capai handphone aku nak ambik gambar. Tabiat aku ni sampai dah menurun dekat anak aku si Amna.



    Kebetulan pagi tu dia dah siap-siap nak pi sekolah, sambil-sambil tunggu van sekolah sampai, dia keluar buang sampah. Almaklum lah masa van sampai dalam 6.50 pagi tu, keadaan macam gelap lagi. Dia nampak lah keadaan bulan dengan bintang yang cantik, kelam kabut bagitau mama depa ni. Aku pun sebagai mak yang faham minat anak, suruh lah dia ambik handphone, suruh ambik gambar. 


    Aku teringat cerita lama masa aku bujang dulu, aku pernah lah teringin sangat nak beli camera DSLR tu, tapi mahal kan camera macam tu, so aku pun simpan je lah niat aku yang suci dan murni itu. Almaklumlah masa tu gaji berapa sangat, nak bayar duit kereta viva aku, bayar sewa rumah, belanja makan minum aku, mana cukup nak beli camera DSLR idaman aku. Hahahaha…


    Sekarang rasanya dah tak perlu pun pakai camera canggih macam tu, sebab mostly sekarang ni, camera dekat handphone pun dah cukup cantik. Janji gambar hang clear elok, angle cun, edit lah sikit pakai apps apa-apa. Hahaha.



    Jom lah tengok serba sikit gambar yang aku pernah ambik. 




    Gambar ni aku ambik masa on the way nak ke tempat kerja. Spoil pulak sebab cermin kereta aku kotor. Hahahaha… 




    Gambar ni pulak aku ambik masa aku bawak anak-anak main belon dekat Lumut, dekat dengan gate nak masuk ke kem TLDM. 





    Gambar ni pulak dekat parking lot tempat kerja aku. Aku suka cahaya-cahaya dekat awan tu.





    Gambar ni pulak masa berhenti dekat traffic light Kg Acheh. Lampu traffic light tengah merah, sis apa lagi, capai handphone terus snap and snap. Tibeee





    Gambar depan rumah je. Bersama model penyodok sampah. Hahaha. 




    Ni gambar yang paling latest, gambar depan rumah jugak. Cantik pulak warna langit masa ni.




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers