Misi mencari minyak masak paket, sebab minyak ni murah sikit, compare to kalau hang beli minyak botol. Tapi tu lah, nak dapat minyak masak paket ni bukan senang, macam kena join contest mencari harta karun. Minyak masak paket tak jumpa, tapi duit tetap habis sebab terbeli benda lain. Habis duit aku, padan muka aku jugak! Kahkahkah..
Balik kerja petang semalam, selepas selesai tugasan menunggu anak-anak aku habis mengaji quran dekat rumah Kak An, aku pun terus menuju ke kedai runcit area rumah aku, kisahnya sebelum tu aku dah cari minyak masak paket ni dekat 99 Speedmart, tapi sedih, dah habis katanya. Habis ke, atau memang tak jual, haaa gitu lah jawapan adik 99 Speedmart tu. Aku pun dah lupa.
Aku pun pesan lah dekat laki aku, kalau dia terjumpa minyak masak paket dekat KL sana, tolonglah beli. Kat Manjung ni aku tak jumpa langsung minyak masak paket ni. Buat ayat sedih sikit, dengan harapan dia beli 5, 6 paket minyak masak bawak balik. Jimat duit aku. Hahaha…
Bila aku share pasal misi mencari minyak masak paket ni dengan kawan-kawan aku, ada yang suggest suruh aku tanya dekat orang kedai runcit tu, sebab selalunya minyak masak paket ni tauke kedai tak susun dekat rak, depa simpan dekat kaunter duit tu. Ohh.. macam tu pulak, jadinya semalam aku pun ringankan lah mulut, tanya dekat tauke kedai runcit yang aku pi, hurmmm tak ada jugak haaa minyak masak paket. 2 kedai jugak aku pi, kedai runcit Puvi yang dekat Public Bank Manjung dan PCK.
Redha je lah minyak masak paket takdak, beli jugak lah sebotol minyak masak yang 2 kg punya, jenama Seri Murni kot. Kena beli jugak, kang aku nak masak nasik goreng, nak goreng ikan, takkan nak pakai planta. Nak makan benda rebus-rebus, stim ni, sekali dua boleh lah. Nak makan hari-hari, urmmm tak lalu pulak.
2 comments:
Unlce cari minyak senyonyong...
Eh? hahaha
Dear Uncle Gedek,
Ishhh.. lain maciammm pulak minyak yang uncle cari tu 😂😂
Post a Comment