• News

    11 August, 2022

    Misi Mencari Minyak Masak Paket

    Misi mencari minyak masak paket, sebab minyak ni murah sikit, compare to kalau hang beli minyak botol. Tapi tu lah, nak dapat minyak masak paket ni bukan senang, macam kena join contest mencari harta karun. Minyak masak paket tak jumpa, tapi duit tetap habis sebab terbeli benda lain. Habis duit aku, padan muka aku jugak! Kahkahkah..



    Balik kerja petang semalam, selepas selesai tugasan menunggu anak-anak aku habis mengaji quran dekat rumah Kak An, aku pun terus menuju ke kedai runcit area rumah aku, kisahnya sebelum tu aku dah cari minyak masak paket ni dekat 99 Speedmart, tapi sedih, dah habis katanya. Habis ke, atau memang tak jual, haaa gitu lah jawapan adik 99 Speedmart tu. Aku pun dah lupa.



    Aku pun pesan lah dekat laki aku, kalau dia terjumpa minyak masak paket dekat KL sana, tolonglah beli. Kat Manjung ni aku tak jumpa langsung minyak masak paket ni. Buat ayat sedih sikit, dengan harapan dia beli 5, 6 paket minyak masak bawak balik. Jimat duit aku. Hahaha…



    Bila aku share pasal misi mencari minyak masak paket ni dengan kawan-kawan aku, ada yang suggest suruh aku tanya dekat orang kedai runcit tu, sebab selalunya minyak masak paket ni tauke kedai tak susun dekat rak, depa simpan dekat kaunter duit tu. Ohh.. macam tu pulak, jadinya semalam aku pun ringankan lah mulut, tanya dekat tauke kedai runcit yang aku pi, hurmmm tak ada jugak haaa minyak masak paket. 2 kedai jugak aku pi, kedai runcit Puvi yang dekat Public Bank Manjung dan PCK. 



    Redha je lah minyak masak paket takdak, beli jugak lah sebotol minyak masak yang 2 kg punya, jenama Seri Murni kot. Kena beli jugak, kang aku nak masak nasik goreng, nak goreng ikan, takkan nak pakai planta. Nak makan benda rebus-rebus, stim ni, sekali dua boleh lah. Nak makan hari-hari, urmmm tak lalu pulak. 





    Aku beli minyak masak Seri Murni ni, 2kg punya, since minyak masak ni murah sikit compare to minyak masak brand lain. 





    Minyak masak Seri Murni 500gram, harga RM 5.35. 




    Minyak masak Cap Buruh pun ada. Cap Buruh takpa, jangan buruh kasar sudah 😂


    A


    Minyak masak Red Eagle, bukan main gah ye nama hang. Red Eagle!



    Minyak masak Knife, setajam lidahmu yang suka menyakiti hati dan perasaanku! Tibeeee…





    Minyak masak Vesawit, tak pernah guna minyak masak Vesawit ni. Lantaklah brand apa, janji minyak masak.




    Kebetulan masa aku terbongkok-bongkok dok membelek botol minyak masak ni, terperasan lah botol minyak ni, ehhhh nasib baik aku tak beli, pooja oil rupanya! Hahahaha.. 

    2 comments:

    uncle gedek said...

    Unlce cari minyak senyonyong...

    Eh? hahaha

    Siti Noor Aminah said...

    Dear Uncle Gedek,

    Ishhh.. lain maciammm pulak minyak yang uncle cari tu 😂😂

    Total Pageviews

    My Followers