Percutian 2 hari 1 malam yang paling best

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai ke bumi Manjung petang tadi selepas selesainya sesi percutian 2 hari 1 malam di kampung tercinta. By the way, aku balik ambik mak aku di kampung, hantar ke rumah adik aku di Sri Iskandar. Mak dengan adik aku nak ke Tanah suci menunaikan ibadah umrah, sementelah adik aku tengah sibuk, aku offer lah diri untuk balik ambik mak aku dekat kampung.




Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, molek kiranya kita selfie dulu wahai anak-anak. Sebagai kenangan dihari tua kita. Walaupun mama yang makin tua 😂



Kami bertolak balik pagi sabtu, bertolak lebih kurang pukul 8 pagi dan sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi. On the way nak balik ke Kedah tu, bertembung dengan ramai rider bermoto yang berkonvoi ke Teluk Batik, Lumut. Ada event apa tah, artis jemputan Baby Shima. Kiranya dari Manjung ke Kedah, entah berapa ratus biji motor kami jumpa. Meriah ya amattt. Konvoi tu konvoi jugak, jangan sampai bahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Sis sokong pun tak, tak sokong pun tak, iye lah kan, adik sendiri pun join jugak group motor RXZ. 



Dah exit Tol Gurun, mudah je pakai RFID. Tibeee… sempat lagi promote RFID. Hahahaha…



Sampai ke kampung Alhamdulillah, tak hujan tapi cuaca macam tengah tunggu masa nak hamburkan air hujan. Tengah bersiap nak pi makan kenduri rumah kawan masa zaman tadika dulu, hujan turun dengan lebatnya. Lambat pulak hujan nak berhenti ni, makan dulu lah apa yang ada dekat rumah. MasyaAllah, rezeki! Ada petai jeruk!! Sedapnya oii… rugi sapa tak makan petai jeruk. 😂




* sambung tulis cerita ni hari selasa sebab haritu tak sempat nak habiskan cerita 😂😂*



Ok, lepas hujan dah berhenti, so kami pun siap-siaplah pi kenduri rumah kawan aku. Orang masa tu still ramai lagi, ada yang tengah makan, ada yang tengah sembang-sembang. Mini reunion lah katakan. Aku nampak ada laksa, teru ambik mangkuk cedok laksa kuah lemak tu. Kuah pekat gila, sedapnya! Dah setel makan laksa kuah lemak, tak boleh jadi, kena makan nasi jugak sebab semua menu best-best.



Laksa kuah lemak, tengok lah kuah dia tu, pekatnya. Sedap weh laksa kuah lemak ni.





Tak tahan tengok lauk-lauk dia weh, lepas makan laksa kuah lemak tu, aku makan nasik pulak. Daging masak hitam dengan ayam masak merah aku tak ambik sebab dah banyak sangat lauk dalam pinggan aku ni.



Ada gulai daging batang pisang, ayam masak merah, daging masak hitam, pajeri rebung, sambal petai, dan ikan keli goreng. Wajib ada sambal belacan dan ulam ulaman. Aduhh.. gemuk lah macam ni. Hahaha…



Selfie dulu dengan tuan rumah selepas dah kenyang makan. Dulu kami berdua pi sekolah kayuh basikal, ni lah geng ride aku 😂



Sebelum balik, sempat selfie dekat kawan aku, Norehan. Ni kawan dari zaman budak-budak, masa tadika lagi. Ni lah kawan yang selalu ajak aku mengail ikan dekat tepi parit rumah dia, ajak main tuju kasut, tuju tin. Segala macam sukan kampung kami explore sama-sama. Haritu Allah uji Norehan dan keluarga, anak perempuan dia meninggal lepas beberapa hari dilahirkan. Sabaq naa Rehan. 



Buat mak, adik aku serta Norehan dan keluarga, selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga dimudahkan segala urusan pergi dan balik nanti, dan dapat umrah yang mabrur. Doakan kami semua sampai ke sana jugak ye nanti. 








Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post