• News

    03 August, 2022

    Simple Dinner, Janji Kenyang

    Aku kadang-kadang jadi mati kutu jugak bila fikir nak makan apa untuk dinner, kalau tanya Amna atau Aimy, depa asyik cakap, ikut mama lah. Kalau ikut mama, hurmm entah lah, tak larat nak fikir nak makan apa. Hahahaha.. 



    Nak order grab food pun, kadang-kadang asyik scroll je menu, taktau nak order apa. Eh, aku memang prefer untuk order makanan dekat apps grab food tu, sebab pada aku, delivery charges dekat apps grab food tu lagi murah, tapi tu lah, food panda ada banyak offer and discount. 



    Berbalik kepada tajuk diatas, balik je dari kerja, terus aku drive menuju ke Taman Venice, tempat biasa kalau aku nak beli ikan fresh yang segar bugar, banyak choice jugak. Jadi aku ambik lah ikan kembung aka ikan temenung, rasanya dalam sekilo, sebab aku main ambik je ikan tu. Aku ambik jugak sotong, rasa macam dah lama tak makan sambal sotong. Ishhh sedapnya.



    Total beli ikan dengan sotong RM20. Ok lah tu, boleh masak banyak kali jugak ni, depends pada kerajinan aku. Lepas tu, aku singgah tempat jual sayur sebelah tu, ambik lah brokoli dan sawi. Nak masak sos tiram brokoli with fish cake. Beria sangat pulak brokoli with fish cake. Hahaha… apa-apa je lah.



    Sampai rumah, jenguk-jenguk pokok bidara aku yang tak berbuah lagi tu, jiran selang 3 buah rumah datang tegur-tegur aku pasal pokok bidara aku tu. Lama jugak sembang sampai dekat nak azan maghrib. Aihh, pukul berapa nak mula masak ni. 



    Setelah berperang dengan ikan dan sayur didapur, maka siaplah ikan kembung goreng dan masak sos tiram borokoli bersama fish cake, menu yang simple, tapi mampu mengenyangkan perut anda. Nasib baik anak-anak Ok je bila mak depa masak simple-simple macam ni. 




    Ni kalau ada ikan masin dengan cabai tumbuk, sedap ni. Tapi sebab dah malas, makan je lah apa yang ada. Stok ikan masin ada je dalam peti ais, tapi nak menggoreng tu, malasnya aku. 






    Brokoli masak sos tiram. Senang je nak masak ni, tumis bawang putih, masukkan fish cake, kacau-kacau, lepas tu masuk brokoli, sos tiram, air dan kacau. Agak-agak dah masak, masukkan bancuhan tepung dengan air untuk pekatkan kuah. Haaa.. garam dan serbuk perasa jangan lupa pulak.





    5 ekor ikan kembung goreng berbaris mengadap ke kanan, bersedia untuk dimakan. 



    Kebetulan, ada extra nasi, jadi esoknya aku buat lah nasi goreng cabai. Masukkan jugak isi ikan kembung yang ada balance seekor. Jimat duit breakfast aku.



    Ni lah rupa nasi goreng cabai aku, rupa memanglah hodoh, tapi rasa dia memang sedap. 





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers