Aku taktau nak letak tajuk apa. Haahaha. Lantaklah!
Ok, kegigihan Siti Noor Aminah nak update blog tengah-tengah malam, walaupun esok pagi adalah hari isnin, hari paling malas dalam seminggu. Hahahaha. Anak-anak semua dah lena dibuai mimpi indah, untung lah cuti sekolah, tak payah kalut-kalut kemas buku, tak payah kalut-kalut bersiap sebelum van sekolah sampai.
Ayat mama hangpa macam jealous je sebab anak-anak dapat cuti. Hahaha. Nooo.. mama pun tumpang happy sebab anak-anak cuti, sebab mama pun boleh rehat dari iron baju sekolah depa. Huishhh.. penat wooo.. bayangkan anak 4 orang sekolah, penat tau nak iron baju sekolah depa hari-hari.
Yang faham je lah tau macam mana penatnya handle anak-anak sorang diri ni. Ok fine, bukan nak cerita pasal anak-anak cuti sekolah sebenarnya, tapi nak cerita apa aktiviti kami hari ahad yang terasa sangat pendek ni. Pelik kan, cepat pulak hari ahad ni habis, padahal macam baru je sangat weekend tu sampai. Hahahahaha…
Ok, pagi-pagi lagi kami dah gerak dari rumah ke Gelanggang Silat Gayong Kg Serdang, sebab ada latihan silat gayong. By the way, ni kelas kedua anak-anak. Saja aku daftarkan Emran, Amna dan Aimy ke kelas silat gayong ni, sebab nak depa ada outdoor activity, takkan nak terperuk je tengok tv dekat rumah. Boring lah life macam ni, hahaha..
Kebetulan jugak, masa aku sekolah rendah, aku pun ada join silat, tapi silat tu kami panggil silat pulut, banyak bunga-bunga je la bagi aku, dan aku pernah dapat no.3 masa pertandingan silat. Tu first time aku masuk pertandingan silat, terus menang. Best jugak la.. Ayah aku pun bagi full support bila aku masuk silat ni. Terima kasih mak ayah aku yang sangat supportive, tak pernah bangkang minat anak-anak. Tiba-tiba terselit pasal mak ayah pulak kan. Hehehe..
Then, sekolah menengah aku join taekwondo, dan sepatutnya aku ambik black belt, tapi entah lah, hujung-hujung tu dah hilang minat pulak. Pernah jugak la aku masuk pertandingan taekwondo peringkat daerah, beberapa kali dekat Alor Setar. Pingat perak dan gangsa je aku dapat.
Jadi, since aku muda-muda remaja dulu masuk silat dan taekwondo, maka aku rasa eloklah anak-anak aku pun masuk seni mempertahankan diri jugak, nak latih depa jadi berdisiplin, Insyaallah mungkin boleh mempertahankan diri sendiri nanti. Walaupun time berlatih dekat gelanggang tu, ada jugak la mama depa ni rasa nak masuk join sekali. Hahahaaha… terbawak-bawak pulak dengan skill lama masa masuk silat dan taekwondo dulu. Hahahaha…
Ok, lepas habis sesi latihan silat tu, kami terus ke Kedai Eco dekat Teluk Muroh, cadangnya nak beli wet tissue dengan getah ikat rambut je, sudahnya dekat 3 plastik aku usung keluar dari kedai Eco tu. Hampeh betul, berhantu betul lah kedai Eco ni! Habis duit aku! Banyak jugak lah benda aku beli tadi. Huhuhu..
Dah habiskan duit dekat kedai Eco, terus pi tapau nasik, perut pun dah berkeroncong. Lepas tu teringat nak restock buah, hurmmm habis lagi duit dekat kedai buah. Hahahaa… tapi takpe lah kan, orang cakap nak sihat, kena makan buah. So, redha je lah kan.
Petangnya pulak, kami ke Lekir, makan mee kari sedap dekat birthday party officemate aku, terima kasih lah jemput kami. Dah lama tak ke Lekir, rindunya jalan Lekir ni, dulu hari-hari kerja, memang jalan ni lah aku selalu guna. Tapi kereta banyak sangat dekat jalan, mungkin kebetulan cuti sekolah dah start.
Ok, tu je lah nak update. Aku nak cuba tidur ni, sebab aku ada masalah nak tidur. So, good night semua.
No comments:
Post a Comment