• News

    26 October, 2022

    Hobi Baru: Kopek Ikan Bilis

    Tak sangka, dah tua-tua macam ni baru jumpa hobi baru, iaitu kopek ikan bilis. Hahaha. Hobi baru aku ni rasanya agak bermanfaat untuk aku dan keluarga, sebab bila kita beli ikan bilis yang belum dikopek, harga dia lebih murah. Hahahaha…



    Kisahnya, aku dah lama tak beli ikan bilis, stok ikan bilis yang ada dekat rumah aku ni pun dah tinggal serdak dah, mana lah tau tiba-tiba nak masak sambal ikan bilis ker, so aku pun pergi lah kedai nak beli ikan bilis. Bila tengok-tengok harga ikan bilis yang dah siap dikopek, ehhh mahalnya, lepas tu dapat sikit coet je.



    Jadi aku pun decide lah nak ambik ikan bilis yang belum siap dikopek. Alaaa kang dekat rumah aku slow-slow kopek lah ikan bilis ni, sambil layan Netflix. Aku pun angkat lah ikan bilis yang belum siap dikopek, RM13 seberat 200gram. 



    Lepas dah setel apa yang patut, aku pun mulakan lah operasi kopek ikan bilis sambil layan movie dekat Netflix. Belum pun habis movie yang aku tengok tu, ehhh dah habis dah aku kopek ikan bilis yang 200 gram tadi. Memandangkan cuti weekend aku dengan anak-anak jarang keluar dan kami banyak habiskan masa dekat rumah je sambil tengok Tv, aku rasa elok sangat lah aku jadi kan aktiviti kopek ikan bilis ni satu hobi yang bagus dan bermanfaat. Hahahahaha…


    Hujung bulan ni dah gaji, haa elok sangat lah kalau aku pi borong ikan bilis yang belum siap kopek dalam setengah kilo dekat kedai Jamilah Hasil Laut yang dekat Lumut tu. So far ikan bilis, ikan masin dan hasil laut yang lain memang elok. 


    Alang-alang tak ke mana-mana tu, elok lah aku dengan anak-anak kopek ikan bilis. Untung-untung nanti aku buat bisnes kopek ikan bilis ker, haahahhaha… 


    Ikan bilis yang belum siap dikopek.



    Ikan bilis yang siap dikopek.


    Bila dah habis sesi kopek ikan bilis tu, puas hati betul tengok hasil dia, jadi macam 2 kali ganda volume ikan bilis tu. Dah ada ikan bilis banyak-banyak ni, senang lah nanti nak masak nasik goreng ker, nak guna masak tumis sayur ker, nak buat sambal ikan bilis ker.





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers