• News

    12 October, 2022

    RESEPI COLEK BUAH

     Assalamualaikum semua kawan-kawan pembaca blog aku yang budiman. Sopan pulak introduction entry kali ni ye. Hahahhaha. Saja nak cukupkan 500 patah perkataan untuk setiap entry, itu yang terlebih gigih tu. Ok, sila abaikan. Teruskan dengan cerita pasal tajuk diatas.



    Ok, alkisahnya aku nak share resepi colek buah, simple je resepi ni. Kalau dekat kampung aku, kami tak panggil colek buah, tapi kami panggil garam belacan. Contoh ayat macam ni, “weh, rumah aku ada pelam, jom lah kita menyicah garam belacan”. Haaa.. macam tu ye contoh penggunaan ayat untuk colek buah atau garam belacan ni.



    Bahan untuk buat colek buah atau garam belacan ni tak banyak pun, tapi hasil dia memang terbaik, sedap! Tak perlu dah nak beli colek buah dekat kedai, kuah rojak yang dijual dekat kedai-kedai di Pekan Lumut tu, buat sendiri lagi senang, dan sedap. 



    Antara bahan yang kita perlukan ialah:


    1) Cili padi – aku guna 2 biji je, kalau suka pedas, boleh letak extra

    2) Belacan sebesar ibu jari

    3) Gula – selalu aku letak dalam 5,6 sudu bergantung kepada berapa pekatnya kuah colek tu

    4) Kicap – aku selalu guna kicap Mudim, memang dekat rumah aku ada kicap Mudim je

    5) Garam – nak letak takpe, tak letak pun takpe sebab belacan dan kicap tu dah masin



    Ok, masukkan cili, belacan dan sedikit garam ke dalam lesung batu, dan tumbuk sehingga hampir lumat, kemudian masukkan gula. Continue tumbuk sampai lah gula dan bahan-bahan tadi sampai sebati. Gula tu ikut tekak sendiri, nak kasar sikit ker, nak halus ker, kalau macam aku, aku suka gula tu halus sikit.



    Kemudian, cedokkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam bekas, dan masukkan kicap, bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau nak pekat, kurangkan kicap tu, kalau nak extra kuah, letakkan extra kicap. Jadinya, kuah colek sedia dihidangkan. 



    Sedapnya kalau makan dengan pelam atau manga muda, kalau ada jambu batu pun sedap! Kadang-kadang tu, ada jugak aku cicah kuah colek ni dengan sengkuang. OMG! Sumpah terliur. Tiba-tiba tekak ni teringin nak makan colek, dengan timun pun boleh jadi. Hahahaha…




    Jadi inilah rupa kuah colek aku, tak pekat sangat, tak cair sangat. Sedapnya cicah dengan pelam. Ya Allah, lamanya tak makan macam ni.




    Aku biasanya guna 2 biji cili je, lebih daripada tu sis memang tak mampu lah, sis tekak mat saleh, tak berapa boleh makan pedas. Gula tu pulak tumbuk bagi halus sikit, then masukkan kicap kegemaran kami satu keluarga, kicap Mudim. 



    Kalau kami dekat kampung, suka sangat menyicah waktu petang, sambil menyicah, sambil bersembang. Uishhh.. syahdu betul. Rindu betul moment macam tu.


    1 comment:

    Sii Nurul said...

    ohh colek buah ka namanya... hmmm kalau kami selalu bilang buat sambal mangga hahaha... Org Melayu yg sy perasan dia byak nama kalau masakan atau makanan nie..

    Misalnya kalau masak sayur kangkung.. Sayur kangkung sambal belacan gitu.. Kalau kami just bilang "masak sayur kangkung ja" hahaha...

    Total Pageviews

    My Followers