Shopee Check: Men Plain T Shirt and Tracksuit Plain for kids

Assalamualaikum semua. Hari pertama di bulan Oktober kita mulakan dengan update cerita pasal shopping apa di kedai Shopee. Hahahaa. Bukan niat nak menunjuk atau riak, takbur jauh sekali, tapi saja lah share apa yang aku beli dekat shopee. Mana tau orang lain pun tengah mencari benda yang sama 😂



Masa duduk scroll twitter tadi, jumpa lah tweet sorang mamat ni recommend t shirt plain dekat shopee, aku pun terus pi usya. Harga bawah RM10, katanya material jenis kain sejuk, berbaloi dengan harga. 



Jadi aku pun ambik lah 3 helai baju tangan panjang @ long sleeve, warna hitam, dark blue dan blue apa tah satu lagi. Since baju kerja aku jenis short sleeve, selalu terpaksa pakai inner atau cardigan, tapi entah lah, inner aku selalu miss placed merata hala 😂😂



Jadinya, aku cadang nak pakai baju long sleeve ni dekat dalam, ganti inner, lagipun inner aku pakai tu suka sangat melorot ke bawah. Haihhh serba tak kena. Kalau tak sesuai pakai kat dalam, aku ingat nak hantar ke tailor, suruh jahitkan lengan baju ni dekat baju kerja aku. Haaa kan mudah. Takde lah kena pakai baju 2,3 lapis. Betul tak???? Bijaknya aku!!



Tapi barang belum sampai lagi, baru je place order. Harap-harap seller tu pos barang aku. Hahaha. Sejenis buyer dari neraka, jenis beli barang online harini, harini jugak aku expect barang aku sampai depan rumah 😂😂😂😂



Eh, aku beli jugak seluar tracksuit plain warna hitam untuk anak aku. Harga below RM10, beli satu je dulu sebab nak tengok kualiti kain macam mana. Kalau elok, nanti boleh repeat order. Sebab anak-anak aku memang sejenis pakai seluar panjang, seluar pulak banyak yang terkoyak dekat lutut dan celah kangkang. Ni kalau Ok seluar aku order ni, boleh lah tukar-tukar pakai. 



Ok, itu je lah nak cerita untuk post kali ini. Actually ada je barang yang aku dah beli, dan aku sangat-sangat puas hati. Nanti lah aku share dekat post seterusnya.




Ambik size XL, harap-harap muatlah. Frustny kalau tak muat. Sis is kecewa huhuhu


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post