• News

    10 November, 2022

    Sambutan Hari Deepavali di Tempat Kerja

    Dah 10 hari dalam bulan November, tapi satu new entry pun belum update lagi. Haritu beria janji dengan diri sendiri, satu hari mesti update satu post. Tapi sudahnya, tak update pun. Hahaaha. Taktau lah busy dengan benda apa, nak kata sibuk dengan berkempen sempena PRU15, tak pun. Bukan aku masuk bertanding pun. Hahahaha.



    Ok fine, aku nak share gambar-gambar kemeriahan sambutan Hari Deepavali dekat tempat kerja aku. Woww.. meriah sangat sambutan Hari Deepavali tahun ni, last time sambut masa 2019, tapi 2 tahun tak sambut sebab covid dah mengganas, jadi tahun ni lah baru nak sambut. 




    Nasi beriani, ayam masak merah dan kari kambing. Aku ambik jugak kesari, jelly apa tah, dengan acar timun. Sedapppppp! Licin aku makan 😂




    Posing dekat tengah panas, dah la tak pakai sunscreen Wardah yang baru beli tu. Semoga tak hitam. Hahahaha. Poyo pulak 😂




    Pani puree. Eh tak sure macam mana eja benda ni. Tapi banyak aku makan. Hahahaha.



    Eh sepetnya mata 😂



    Teruja tengok ada tarian tradisional kaum India. Gigih aku pergi ke depan nak ambik video dan gambar. Kegigihan manusia bermama Siti Noor Aminah, bini Fazlan. Hahahhaha…





    OMG! Jelly kelapa ni sedap weh. Tak manis sangat, dan yang penting, isi kelapa tu banyak dan tebal! Nak repeat lagi bekas kedua, tengok-tengok dah habis. Kecewanyaaaa….




    Aku dah macam pakai baju mengandung. Hahahaha. Gigih tunggu sampai habis orang joget-joget, sebab nak bergambar atas stage. Backdrop belakang tu deco by Thiru. Kreatif lah hang ni Thiru. Good job!




    Bergambar bersama-sama geng purchasing. Semua baju yang kami pakai di supply oleh Maureena. TQ Maureena, nasib baik dia tak charge kami. Siap tolong basuh. Hahahaha…




    Excited nak celebrate ramai-ramai dengan bos-bos besar, dengan orang-orang production. Walaupun duduk bawah khemah dekat area parking lot, tak kisah lah janji sambutan raya ni memang happening gila. Ada nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing memang wajib, apa lagi ye yang ada, kesari, pulut manis, laddu, idli, roti canai, putu mayam, macam-macam lagi lah. Paling favourite aku of course lah kari kambing. Mbekk…. Sedap oiii! 



    Tahun ni bertambah meriah dengan tarian tradisional kaum India, fuhhh macam tengok dekat TV. Bukan senang nak tengok tarian tradisional kaum India ni depan mata. Ada jugak tarian moden, pakaian tercantik, dan tak lupa lucky draw. Dan aku tak pernah-pernah lucky, tak penahnya dapat. Hahahhaha.



    Minggu depan akan ada sambutan Hari Deepavali dekat plant satu lagi, excited jugak kawan-kawan dekat plant sana berlatih menari. Best ada kawan-kawan yang sporting ni sebenarnya. 





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers