• News

    19 December, 2022

    Simple Dinner For Simple Person

     Alhamdulillah. 



    Kami baru sampai ke Manjung dari Ipoh, ada family gathering sebelah keluarga mak mertua aku, meriah sangat, mengalahkan raya sebab semua dapat berkumpul ramai-ramai. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni sebab semuanya ada komitmen masing-masing.



    Ok, nanti aku share pasal family gathering tu. Tapi untuk post kali ni just nak share simple dinner aku dengan anak-anak sebab masa on the way balik ke Manjung ni, kami agak lapar sebenarnya. Nasib baik aku singgah beli ikan siap-siap dekat port favourite aku dekat Venice tu.



    Orang masa tu dah agak ramai, semua pun nak cari ikan fresh macam aku agaknya. Nak cari ikan siakap yang bajet harga RM10-RM13 macam tu, tapi tak ada pulak. Yang ada just siakap yang besar gila. So tak jadi nak ambik siakap. Lain kali je lah. Tapi Aleeya suka sangat siakap stim yang mak mertua aku buat tu, padahal mama dia ni selalu je beli siakap, tapi mama dia selalu goreng je, malas nak buat masak stim tu, mama dia kan simple orangnya, urmm padahal malas nak renyah-renyah. Hahahaha..



    Jadi aku ambik lah ikan kembung aka ikan temenung sikit dengan ikan kerisi. Ikan kerisi tu malas nak siang sebab bersisik, hurm tapi tak banyak choice pulak. Ikan sardin aka ikan selayang halus je ikannya. Ambik 2 jenis ikan tu dah RM16, lepas bayar harga ikan tu terus singgah beli sayur.



    Nak beli bayam, takde pulak bayam. Ambik je lah sawi, fish ball dan timun. Kena ada lauk yang berkuah, sebab anak-anak aku memang jenis makan yang berkuah. 



    Sampai je rumah terus masak nasi, ingat nak rehat-rehat baring golek-golek dulu, sekali anak-anak cakap ‘mama, ktorang lapar ni’, so mama depa pun bangun lah masak. Mula-mula masak ikan kunyit berserai dulu, simple je cara nak masak lauk ni, dari kecik lagi mak aku memang selalu masak ikan kunyit dengan serai ni, lauk ni lebih kurang singgang kelantan jugak cuma tak letak lengkuas kot.



    Selalu kami kat rumah sebut sayoq ikan je. Hahaha. Takdaknya ikan kunyit berserai bagai. By the way, masa dalam pantang pun aku makan lauk ni. Orang cakap dalam pantang tak boleh makan ikan kembung, ntah lah, aku makan elok je, ye kami makan ikan kembung dalam pantang, so far ok je. 



    Dah setel sayoq ikan tadi, terus hidang dekat anak-anak, alamak kesian anak-anak aku dah lapar, terus pakat cedok ikan dengan kuah masuk dalam pinggan masing-masing. Ok, mama depa pun apa lagi, cepat-cepatlah goreng ikan kerisi. Tapi risau makan ikan-ikan ni sebenarnya, Aleeya 2 kali macam nak tercekik tulang.



    Itu yang aku suka beli ikan siakap, sebab tulang dia besar-besar, anak susah nak tercekik tulang ke apa. Tapi harga boleh tahan jugak la. Sekali sekala boleh la, nak makan hari-hari, jenuh ler awok.. hahahaha..



    Alhamdulillah, bertambah-tambah nasi kami makan. Pekena dengan sambal belacan yang aku buat hari jumaat haritu, simpan dalam peti should be elok lagi lah kot. Malas nak tumbuk sambal belacan ni, sebab aku pun bukan jenis yang suka makan pedas sangat.



    Terima kasih anak-anak selalu puji mama masak sedap, walaupun mama hangpa ni tak pandai masak pun. Setakat goreng ikan, masak simple-simple macam ni boleh lah.



    Terima kasih ya Allah untuk rezeki yang kami dapat harini. 




    Ini lah menu simple aku, sayoq ikan aka ikan kembung masak kunyit bersama serai. Hahaha. Nama menu haruslah panjang dan poyo, bajet-bajet macam sedap. Senang je masak lauk ni, tak kena tumis pun. 




    Ikan kerisi goreng, risau nak makan ikan kerisi ni sebab banyak tulang. Jangankan yang budak, kita yang tua ni pun risau tercekik tulang. 



    Ok, itu je lah cerita aku kalini. Byeee..


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers