Bekal Hari Ini: Nasi Putih dan Sup Ayam Bersama Buah Jambu Batu

Bukan main lagi tajuk. Bekal Hari Ini ye adik-adik sekalian. Hahaha. Beria ye nak tunjuk dekat orang, bekal apa aku bawak harini. Kalau sejenis pandai masak takpa jugak, ini setakat masak simple-simple pun beria nak share. 😂



Takpa lah kan, ni kan effort aku nak masak, nak share apa aku masak harini. Sebagai ingatan dihari tua akan datang, dan dapat juga la aku update dekat blog ni. Selalunya aku bukannya rajin sangat pun nak update blog, tapi itulah, tahun 2023 ni aku rasa aku nak belajar rajinkan diri aku update blog. Untung-untung account Adsense aku mencanak naik jadi 100. Hahaha. Ok, masih tak berhenti berharap ye untuk cash out Adsense aku tu. 😂



Ok, untuk bekal hari ini, akak bawak nasi putih dan sup ayam je ye adik-adik sekalian, lepas tu, akak bawak sekali dengan jambu batu. Jambu batu ni memang dah masuk list buah-buahan tempatan kegemaran akak dah, sebab wajib tiap-tiap minggu mesti beli buah jambu batu. 



Potong buah jambu batu macam ni, make sure biji buah jambu tu takde, kang risau melekat dalam gigi. Sakit oii kalau dah sangkut, tambah-tambah kalau gigi hang berlubang 😂



Selalu akak beli buah jambu batu ni dekat PCK Taman Samudera tu, sekilo dalam RM6 macam tu. Biasanya buah jambu batu ni aku macam gitu je, takde cicah dengan serbuk asam ke, dengan kuah rojak ke. Simple is better, haaa tibe simple is better 😂



Memandangkan aku rajin makan buah jambu batu ni, jadi pun google-google lah sikit, apa kebaikan makan buah jambu batu ni, selain daripada rasanya yang sedap dan baik untuk kesihatan. Katanya dalam internet ni kan, buah jambu batu boleh kurangkan paras gula darah. Boleh juga mencegah sembelit. Buah jambu batu dikatakan juga boleh memberi rasa kenyang yang lama, so no wonder lah lepas makan buah jambu batu ni, aku raaaaasaaaa kenyang. Hahahaha.



Dan yang penting jugak, katanya ada kajian yang makan buah jambu batu ni boleh kurangkan paras kolestrol. Haaa elok sangatlah kan untuk aku ni. Jadi, baik la kalau aku terus amalkan buah jambu batu ni. 😂



Bekal aku biasanya memang simple-simple je lah, sebab nak masak pagi-pagi ni bukannya satu kerajinan buat diri aku ni. Jadi nak mudah dan cepat, buat je lah sup ayam. Letak kentang sikit, letak carrot sikit, daun sup sikit, haaaa kan dah siap sup ayam aku. Masak untuk anak-anak balik sekolah, tapi dalam masa yang sama, aku pun boleh bawak bekal ke office.



Ni lah bekal nasi putih dan sup ayam aku yang tak seberapa. Alhamdulillah, kenyang je. 



Honestly, sejak aku masak pagi-pagi ni kan, memang terasa la jimat. Kalau tak, untuk lunch aku mesti paling sikit aku belanja RM10, lepas tu lunch untuk anak-anak balik sekolah pulak. Tapi kalau masak ni, anak-anak aku boleh repeat makan lagi, at least sebelum pi mengaji, depa boleh makan lagi. 



Tapi tak dinafikan, memang penat dan agak rushing la kalau nak masak pagi-pagi ni. Itu yang semedang je aku masuk lambat. Hahahaha..



1 Comments

Dipersilakan komen disini.

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post