Bercuti Di Kampung Tercinta Part 1

Lama tak update blog. Tulis sikit, lepas tu terbiar macam tu je. Hahahaha. Mood malas menguasai diri, memang tak boleh nak kata apa dah. Itu yang banyak post yang pending je dekat draft. 


Ahh.. lantaklah! 😂


Ni nak cerita, gigih ye aku tulis blog masa dekat kampung terchentaaaa. Aku apply leave 24 &27 Februari, bawak anak-anak balik kampung, alang-alang kebetulan anak sepupu aku nak kahwin 25 Februari, hari sabtu. Takut jalan jammed pulak kalau balik pagi sabtu, itu yang gigih ambik cuti, balik hari jumaat.


Jammed jugak, maybe sebab sampai area Juru tu time orang lunch hour. Tapi tak la jammed teruk, melekat sampai tak bergerak. Bertolak dalam pukul 10 pagi, sampai around 1.30 petang. So ok la, standard lah tu. Harap-harap tak kena saman speed trap. Hahahaha…


Sampai je rumah memang ngam ngam time makan, so kita pun apa lagi, terus bersila mengadap makan. Lauk-lauk memang meriah, ulam ulaman sampai 2, 3 jenis. Laksa, my favourite pun ada.




Ada ulam pucuk ubi, ada ulam pucuk putat, ada buah jering, ada pucuk ulam raja, ada terung ceweng aka terung pipit kot, ulam timun tu biasa je la. Hahaha. Pilih je nak makan yang mana. Yang penting, cabai tumbuk aka sambal belacan guna cabai kampung tu, pedas menyengat!



Laksa Kakak aku paling terbaik! Tak pedas, lepas makan nasik sepinggan, makan pulak laksa 2 mangkuk. Ya Allah! Macam nak meletup perut aku. Hahahaha.




Rasanya, balik kampung ni aktiviti yang utama adalah acara makan-makan. Tak habis-habis dengan makan. Kalau tadi dah makan nasik dengan laksa, kita teruskan acara makan-makan kita dengan acara makan jugak, iaitu makan jambu dan limau barli atau orang panggil pomelo. Sedap pomelo ni, makan gitu saja pun dah sedap.


Kalau beli dekat R&R, tobat mahal ni! Hahaha..


Teringat dulu arwah tok aku ada tanam pokok limau barli ni tepi rumah. Ada 2 pokok tak salah aku, buah dia memang sedap, masam-macam, selalu kami makaan cicah dengan kicap. 



Lepas dah kenyang makan segala macam mak nenek makanan, aku pun tertido lah sekejap. Letih pun ya jugak, kan dah drive dekat 4 jam. 


Sekali terjaga tengah mamai-mamai tu, terbau lah benda yang manis macam orang tengah goreng something. Rupanya, mak aku goreng cekodok pulak. Ya Allah! Sedap cekodoknya. Manis, banyak pisang tak macam cekodok yang aku beli semalam tu. Nampak macam sedap, sekali bila gigit, makkk aihhh keras macam banyak tepung. Patut lah bulat-bulat bukan main lagi. Menyesal beli, dah la beli banyak. 


Ok, begitu lah aktiviti hari pertama kami dekat kampung, makan, sembang, tido, tengok tv, lepas tu ulang balik aktiviti yang sama. 


Insyaallah, nanti aku update pulak cerita pi kenduri dekat Changlun, seronok dapat jumpa adik beradik ramai kat sana. Ini first time jugak aku drive sendiri sampai ke sana. 











Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post