• News

    13 February, 2023

    Berdenyut-denyut Sakit

     Ya Allah! 


    Tiba-tiba sakit gigi menyerang!


    Sakit teruk! Sumpah! 


    Masalahnya ubat tahan sakit ada dalam beg, aku tertinggal beg tu dalam kereta. Azabnya nak menanggung sakit gigi yang teramat sangat! Macam mana nak tahan sampai ke pagi esok. Aduhh… awat la pi tinggal ubat kat dalam kereta.


    Dah lewat sangat ni, tak berani aku nak keluar ambik. Itulah, sapa suruh parking dekat luar. 


    Patut tak aku pi jumpa dentist esok? Lepas tu, terus cabut? Hari rabu dan khamis aku ada training full day, boleh bertahan tak ni?? 


    Ya Allah! Sumpah sakit. 


    First time gigi geraham bongsu ni betul-betul sakit, tadi siang ok je. Kenapa malam ni tiba-tiba sangat-sangat sakit. Aduhhh.. confirm sampai pagi aku tak boleh nak tidoq. 


    Hurmm..  masalahnya, gigi geraham bongsu ni betul-betul tengah sakit. Boleh ke doktor cabut gigi kalau gigi tengah sakit? Uwaaaa…. Sakitttt!!! Sakit sangat. 


    Nak buat apa ni ye?


    Nak cabut esok ker?


    Tapi nanti ada training. 2 hari pulak tu. Adoiii.. bertambah stress pulak bila fikir kena tahan sakit sebab training full day 2 hari nanti. 

    1 comment:

    Warisan Petani said...

    Mudah2an dah reda sakitnya.
    Gigi bongsu yang mendatangkan masalah perlu dicabut sahaja

    Total Pageviews

    My Followers