Selamat Tinggal Gigi Geraham Bongsu Ku

Lama tak update blog. 



Sebenarnya, nak update. Ada 3, 4 story yang still pending dekat draft. Tulis sikit, lepas tu lupa. Tulis sikit, lepas tu dah rasa malas nak update. Hahaha. 



Since last post aku pasal sakit gigi berdenyut-denyut tu, aku sebenarnya pi cabut gigi esoknya. Dah tak boleh tahan sangat dah, jadi pada tanggal 14 February di saat ramai orang gigih meraikan hari kekasih atau pun Valentine’s Day, maka aku kehilangan sebatang gigi lagi. Hahahaha. 



Eh, kiranya 2 bulan berturut-turut aku kehilangan gigi!



Hahaha… 



Gigi yang aku cabut masa bula Januari tu, gigi yang memang tak dijangka sama sekali perlu dicabut, rupanya lepas di xray, kayaknya perlu dicabut. Tak boleh ditampa lagi. Hahaha..



Kok bunyi bahasa Indonesia? Hahahahahaha…



Aku baru lepas layan movie The Womb dekat Netflix tadi. Bagus sekali cerita ini. Aku kasi 5 bintang! 



Ok, berbalik kepada cerita cabut gigi aku tu, kiranya harini dah hampir seminggu aku cabut gigi geraham bongsu aku yang bermasalah ini. Lepas cabut, baru lah nampak gigi ni sebenarnya dah rosak teruk. Doktor cakap sebab gigi ni letaknya dihujunggg sekali, jadi bila gosok gigi, berus gigi tak dapat capai kawasan gigi geraham bongsu ni.



Asalnya, aku selalu dapatkan treatment gigi ni, aku panggil klinik A, memang banyak kali dah aku dapatkan treatment dekat sini, termasuklah cabut gigi geraham bongsu aku yang first time aku cabut. Tapi bila doktor dekat klinik A ni cakap yang gigi geraham bongsu kedua ni, kena operate, siap ada chances untuk kena potong tulang, aku sangat-sangat lah takut! 



Gila tak takut!



Jadi, aku pun cari klinik gigi yang lain. Maka terjumpa lah klinik gigi B ni. I’m gonna say that I’m quite satisfied with the treatment, sebab tu lah aku boleh pi tampal gigi, buat scaling dan cabut 2 batang gigi kat sini. Hahahaha. Setakat ni, aku puas hati, 



Lepas cabut gigi, esoknya klinik akan call and follow up, tanya kita sakit ker tak. So, aku ok la. In term of harga, aku rasa agak reasonable harga tu untuk rawatan dekat klinik swasta. Lebih kurang je kot dengan klinik gigi swasta yang lain.



Aku harap, gigi aku dah tak sakit lagi dah lepas ni. Aku doa sangat-sangat, lagipun doktor gigi tu ada suggest suruh aku pakai gigi palsu lepas ni. Hahhahaha 😂



Itu pun aku kena fikir jugak, ehhh.. nak buat gigi palsu ka? Kalau dah buat, pakai ker tak? Kang rugi lahhh… so nanti lah fikir.



So far, cabut gigi kali ke 2 ni lagi sakit dari cabut gigi kali pertama, padahal gigi geraham masa cabut bulan lepas lagi besar! Fuhhh.. terasa sangat kosong lepas dah cabut. Tapi gigi yang baru cabut nii, memang terasa sakit. Even few hours lepas cabut dah rasa sakit, itu yang cepat-cepat aku telan ubat tahan sakit.



Maka, benarlah kata pujangga, sakit gigi itu, adalah sakit yang kedua sakit selepas sakit beranak. Hahahaha. 



Ok, itu je lah nak cerita. Semoga recovery process berjalan lancar dan aku tak sakit-sakit gigi lagi lepas ni. Aaminnn..






Next day lepas cabut gigi, dah masuk kerja. Terpaksa ye, sebab ada 2 days training berkenaan dengan LC. Kalau bukan pasal training ni, aku memang akan mintak MC sebab time pun pipi aku bengkak. Even sampai sekarang, tak selesa kalau menguap luas-luas. Hilang nikmat nak menguap 😂


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post