• News

    11 March, 2023

    My Comfort Food : Bread Version

    Salam hujung minggu, Sabtu 11 Mac 2023.


    Lega dapat cuti dan rehat 2 hari selepas 5 hari bertungkus lumus bekerja. Hahaahaha. Tak lama lagi dah nak puasa. 


    Dah habis ganti puasa belum? Aku honestly lupa berapa hari nak kena ganti puasa, tapi aku dah ganti 5 hari. InsyaAllah, cadangnya isnin ni nak ganti puasa lagi. Lepas tu 15 Mac kami plan nak buat potluck, sempena nak puasa nanti kan.


    By the way aku nak share pasal comfort food version roti yang aku rasa InsyaAllah aku boleh makan hari-hari. Sebab aku suka sangat. Simple, tapi sedap. Bagi tekak aku lah, mungkin untuk tekak orang lain, tak sedap.


    Well, tekak masing-masing. Benda ni subjektif.


    Aku baru discover aku punya comfort food ni lepas try letak butter dekat roti, sapu pulak dengan peanut butter coklat, eh sedapnya! Nak pulak letak lebih sikit butter tu. Sumpah sedap! 


    Biasa aku bawak bekal ke ofis 4 keping, memang sedap dan kenyang. Kadang-kadang aku cicah je dalam air milo atau nescafe yang aku buat. Comfort food ni sedap, tapi murah je. 


    Nanti sahur, kalau tak terasa nak makan nasi or makanan berat masa sahur, boleh lah makan macam ni je. Tapi rasanya tetap kena masak nasik sebab Amna dan Aimy sejenis yang suka makan nasik. 


    So, itu je lah cerita pasal aku punya comfort food version roti. Hahaha. Macam ada 2, 3 version pulak ye. Bergantung kepada kerajinan aku lah nak update ker tak pasal comfort food aku yang lain. Sebab mood rajin tu bukan senang nak hadir ye. Hehehehe..



    Roti sapu butter dan peanut butter coklat



    Another version, roti sapu butter dan peanut butter  coklat, letak mozarella cheese sikit


    Jambu batu 

    Ni comfort food aku version buah. Hehehe. Boleh dikatakan, tiap-tiap minggu memang wajib beli jambu batu. Makan gini je, takde letak asam ker kicap ker. Sedap je. Ada yang aku beli sekilo RM6, ada yang sekilo RM8, depends pada jenis jambu batu lah kot. 


    So, sekian saja cerita aku. Have a nice weekend semua ❤️

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers