• News

    07 June, 2023

    Bulan Yang Banyak Nak Pakai Duit

    Hai, kembali lagi kita dalam catatan peribadi aku. Hahaha. Entah apa aku merapu, honestly taktau nak start intro yang macam mana. Itu yang tulis merapu meraban je tu. Hahaaha. 


    Ok, kembali kepada tajuk diatas.


    Sebenarnya, bulan ni memang banyak duit nak kena pakai. Itu ini, begitu begini. Haihhh.. banyak lah nak kena buat, so let me story benda apa yang aku nak kena spend for this month.


    Aku sebenarnya, baru je balik dari kampung. Kampung halaman aku terletak di Daerah Sik, Kedah, dalam mukim Jeneri, bertempat di Kampung Kuala Ruman. Hahaha. Begitu detail sekali ye, siap cakap nama kampung. 😂


    Jadi bila dah balik kampung ni, faham-faham je lah, mesti lah banyak duit habis. Dari petrol nya, tol nya, makan minum nya, belanja dekat kampung lagi, pendek cerita, memang banyak la habis.


    Ok, tu satu hal. Ni hal kereta pulak, mileage kereta aku ni dah nak dekat dengan kilometer untuk aku hantar service dekat workshop. Since 5 years free service dekat Proton dah habis, terpaksa lah aku service dekat bengkel luar. Cuak jugak nak service kereta, sebab paling last aku service dekat Ipoh haritu, kena 400 lebih jugak. Nasib baik laki bagi duit sikit. Thank you Papa, lebiuuu 😂


    Ni aku tengah study sikit pasal kereta Proton Ertiga aku ni, pasal minyak hitam, drive shaft (betul ker aku eja ni), iye lah sebab as far as apa yang aku tau, Proton Ertiga ni memang Proton dah stop produce, tapi aku risau jugak la pasal spare part segala bagai. Nasib lah ada group Proton Ertiga dekat dalam Facebook, dapat lah knowledge sikit. 


    Ok next, pasal kereta jugak ni. 


    26 Julai depan, aku dah nak kena renew roadtax insurance. Adoii.. taktau nak kena berapa pulak ni. All this while, aku memang mintak salesman yang aku deal beli kereta aku ni tolong quote harga roadtax and insurance. Sup sap sup sap je dia buat, memang cepat dan pantas. Mudah gila deal dengan dia ni, sebab tu lah walaupun selepas 6, 7 tahun aku still deal dengan dia.


    So lepas aku satisfied dengan calculation dia, aku pun transfer la duit kat dia, lepas tu dia pun akan pos lah segala details kat aku. Jujur cakap, aku bukan jenis yang suka pi beratur nak renew roadtax insurance ni, jadi disebabkan kemalasan aku ni, so aku kena la bayar lebih sikit. Lantak la, janji mudah keja aku. Hahahahaha… 


    Lepas semua benda ni dah setel, aku kena kumpul duit lagi untuk tukar implanon baru. Rupanya, dah 3 tahun aku pakai implanon ni, rasa macam sekejap je rasa. Hahahaha… iye lah, Aleeya pun dah 6 tahun, memang dah sampai lah masa untuk aku remove implanon ni. 


    Kos nak remove implanon ni maybe dalam 100, dan pasang implanon baru maybe dalam 500 lebih kot, tak sure lah. Nanti lah aku update cerita pasal implanon ni.


    Eh, lupa. 


    Hujung bulan ni kan raya haji, so bila raya mesti lah ada benda nak kena sediakan. Baju raya, tudung raya lantak lah pakai baju raya haritu, tak kuasa nak beli baju & tudung raya baru. Pakai je lah mana yang ada 😂


    So far, tu je lah nak cerita. Sebab dah mengantok sangat ni. Gigih ye update story tengah-tengah malam. Padahal takde orang pun yang baca 😂😂😂



    Balik kampung haritu, kami pi Hill Lake View Resort dekat dengan Tasik Beris, Sik. View dia sumpah cantik gila. Uwaaaa.. teringin nak stay sini. By the way, tu bukan Emran, tu Azam, anak sedara aku. Emran pi mana entah masa ni. Haahahaha..




    Terima kasih mak, bekalkan macam-macam dekat kami. Ada ketupat palas frozen, ada durian 2 bekas, ada pulut. Ada nasik putih dan ikan goreng, mak tapaukan sebab kami tak sempat nak lunch, rushing nak balik Manjung. Ya Allahh, panjangkan umur mak ya Allah, masukkanlah mak dan ayah kami ke syurgaMu ya Allah. Aminnn..



    Pernah cuba tak, pisang putik buat ulam, cicah dengan sambal belacan. Sumpahhhh sedap. Pisang tu ada rasa kelat-kelat lemak, memang sedap. Please try and let me know kalau hangpa dah try makan putik pisang mas cicah denagn sambal belacan. 


    Ok, tu je lah nak cerita. Semoga dimurahkan rezeki untuk aku bayar dan setelkan segala komitmen aku ni, sebab aku teringin nak ada financial freedom, tapi itu lah. Mimpi je lah ye nak ada financial freedom segala bagai. Hahahaahha….



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers