• News

    25 June, 2023

    Nak Renew Roadtax Insurance Online

    27 Julai ni insurance dan roadtax kereta aku dah nak expired. Tak lama dah pun, tinggal berapa hari je lagi. Jadi, aku pun start survey lah berapa pulak modal nak renew roadtax insurance kali ni. Haihh.. berdebar-debar. 


    Jadi, aku pun contact lah salesman kereta yang aku beli ni, suruh dia bagi quotation. By the way, dari sejak aku beli kereta ni dengan dia, memang tiap-tiap tahun aku renew dengan dia je. Senang kerja untuk orang malas macam aku, nak survey sana sini. Lepas dia bagi quotation, aku setuju, dia terus proceed. Nanti dah setel semua, dia pun pos dekat aku roadtax.


    Tapi entah lah, tahun ni aku rasa macam nak try renew online pulak, sebab orang cakap senang je. Semua kawan-kawan aku cakap gitu, alaaa senang je renew online, buat je sendiri. Tapi aku fikir-fikir, kalau ke depan nanti ada masalah, contohnya nak claim apa-apa, nak refer dekat mana. Hahahaha… terus rasa tak jadi nak renew online.


    Ada jugak aku usya dekat Bijak tu, berapa harga kalau nak renew dekat situ, ternyata murah sikit lah dari yang salesman kereta aku quote. Ada few things yang insurance tu cover dan tak cover, biasanya gitu lah. 


    Aku belum decide lagi ni, ingat nak compare dengan tempat lain jugak, ataupun tanya kawan-kawan yang familiar dengan renew roadtax insurance online ni. Tanya pada yang pakar, takut ada masalah pada masa akan datang. Kita tak boleh nak jangka apa akan jadi. So, kena berwaspada selalu. Tibeee… 


    Ni kereta pun belum service lagi, minggu depan dah nak balik kampung. Masalahnya, mileage kereta aku ni belum sampai untuk aku service kereta. Tapi dah nak balik jauh ni kan, mesti lah akan over mileage tu. Raya-raya haji ni takut bengkel kot Jeniang tu tak buka pulak. 


    Haishh.. macam-macam hal lah pasal kereta ni. Hahahah. Jangan merungut, kang kereta buat hal, padan muka 😂😂😂


    Padahal tadi aku tengok status salesman kereta aku, dia ada upload video pasal Proton X90, SUV 7 seater kalau tak salah aku, ishhh lawanya! Agak-agak berapa monthly installment X90 tu ye? Haahahaha.. 


    Pakai Proton Ertiga yang 1.4CC ni pun dah terhegeh-hegeh nak bayar installment and renew insurance roadtax, lagi ada hati nak beli Proton X90 😂😂😂😂


    Ok lah, nak makan, satgi nak makan ubat batuk. Byeeee… 



    Terima kasih Proton Ertiga ku yang beraksi cemerlang selama beberapa tahun kita bersama ni. Dah bangak benda kita lalui bersama, dari Manjung ke Kedah, dari Manjung ke Ipoh, dari Manjung ke KL, Alhamdulillah. Biarpun kereta murah, tapi ini yang seadanya bagi kami sekeluarga. Syukurrrr…

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers