• News

    03 July, 2023

    Mengidam Ikan Salmon

    Kami ke TF lepas anak-anak aku habis mengaji quran petang tadi. Nak balik rumah terus tak boleh, sebab depan rumah aku biasanya tengah stucked dengan kereta mak bapak tunggu anak-anak balik mengaji, jadi tanpa mahu mengeruhkan lagi suasana, elok lah aku bawak anak-anak meronda dulu.


    Cadangnya nak beli ayam dan buah je, sebab stok buah memang dah habis kat rumah ni. Nak beli jambu batu, tapi kecewa, jambu batu macam tak berapa cantik. Kulit lebam-lebam, so tak jadi ambik jambu batu. Ok, abaikan buah jambu. 


    Jom tengok buah lain. Ok fine, jumpa honeydew yang dah siap potong, harga 2 ringgit lebih, ok jugak ni. Aku suka jugak honeydew, tapi terpaling suka rock melon, tapi harga yarabbi mahal! 


    Ok, dah ambik buah, kami ke section ayam, ikan dan segala mak nenek benda-benda basah. Nampak siakap, dah lama ye tak makan siakap. Sebelum ni rajin singgah tempat orang jual ikan dekat Taman Venice tu, tapi sekarang tak berapa nak rajin pi sana. Malas sokmo! Hahaha..


    Amna macam biasa, nampak salmon terus excited. Haritu masa balik Ipoh, dia dah cakap, bila nak pergi Mydin, nak beli salmon. Hahahaaha…


    Memandangkan aku baru je gaji minggu lepas, beli lah sekeping ikan salmon tu, usya jugak harga ikan salmon tu, mak aihhh sekilo dekat-dekat RM50 jugak. Tapi apakan daya, anak nak makan, kita beli je lah. Sekeping je, takpe lah, kita kongsi sorang sikit. Hahahaahaha..


    Ok, balik rumah terus cuci ikan salmon tu, letak black pepper, letak garam terus masak atas non stick pan. MasyaAllah, sedapnya! Habis licin kami makan, berebut lah aku, Amna, Aimy dan Aleeya makan. Hahahaa..


    Sorry ye anak-anak, nanti kita makan lagi ye. Next time kita beli 2 keping, kalau beli sekeping sumpah tak cukup, sebab sedap sangat! Hahahaha.. 



    Ikan salmon yang menjadi dambaan Amna. Hahaaha. Ambik lah sekeping, mama dah over budget ni, baru je renew insurans kereta, plus baru je balik dari kampung. Gaji lambat lagi anak oiii…



    Letak garam, letak black pepper, siap! Sumpah sedap. Nanti kita repeat lagi ye anak-anak. Lepas ni kita beli lebih. Baru puas hati 😂

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers