Tempat Bercuti Paling Best

Aku dengan anak-anak sekarang ada di kampung halamanku, which is tempat bercuti paling best sekali. Laki aku tak ikut balik sekali, sebab menyantuni kenduri kahwin sepupu dia di KL, so dia tak ikut kami. Aku dengan anak-anak OK je kalau laki aku tak ikut sekali, hahaha.. mungkin sebab kami dah biasa kalau dia takdak. 


Well.. esok dah nak balik. Tapi saja lah nak share dekat sini moment moment indah aku dan anak-anak bila dekat kampung. Walaupun tak pi mana-mana, setakat duduk rumah, makan, tengok TV, anak-anak dapat main dengan sepupu depa, aku pulak dapat sembang dengan mak dan adik beradik aku, well dah cukup dah aku rasa.  


Kebetulan, adik bongsu aku yang lelaki tu InsyaAllah nak kahwin bulan 12 nanti, jadi ada banyak benda lah nak kena bincang dan plan. Pasal tarikh kenduri, pasal nak lantik siapa jadi tuan rumah, nak decide lauk kenduri, nak fikir pasal hantaran, nak letak apa dalam goodies bag, bunga telur nak kena beli tak, nak bagi hantaran apa. Pendek kata, memang banyak benda lah nak kena fikir. 



Catatan adik aku yang dipanggil Mimi oleh anak-anak sedara. Hasil perbincangan kami berdua pasal kenduri adik lelaki bongsu kami. Untung adik kami, ada kakak-kakak yang tolong fikir pasal kenduri dia nanti. Mama nak cari kakak-kakak yang bagus macam kami ni? Hahaha.. by the way, adik aku yang Mimi ni dah sponsor duit kenduri sebanyak RM10 ribu. Fuhhh… 


Ok, put aside pasal kenduri adik aku, ni pasal makan-makan pulak. Almaklum lah balik kampung disaat musim buah ada lagi ni, so Alhamdulillah dapat makan buah rambutan yang sangat manis. Orang kampung bagi, jadi rezeki kami lah dapat makan buah rambutan yang manis macam madu ni. Aku kalau durian, tak berapa minat sangat. 



Tak pasti aku ni rambutan jenis apa, tapi isi rambutan ni manis betul, isi lekang. Banyak betul aku makan tadi, ni kalau ada kencing manis, mau nya naik mencanak kencing manis. Hahahahaa..


Petang tadi, jauh sampai ke Pekan Sik aku keluar cari ikan kembung sebab dah tak lalu nak makan daging. Mak aku pulak, jenis yang jaga / pantang makan, tak makan sangat sebarangan ikan macam orang lain. Ayam pun tak makan. Jadi nak elak makan daging korban banyak sangat, jadi gigihlah aku pi sampai ke Pekan Sik sebab nak beli ikan. 


Musim-musim daging korban ni, harga ikan memang memang melambung gila lah, tadi aku beli ikan kembung pun sampai RM20/kg, jadi aku ambik sekilo je lah. Tambah sekilo lagi ikan selayang RM12/kg.



Ini haaa dinner kami malam ni. Ikan goreng, sambal belacan, cicah dengan ulam pisang muda. Sampai 2 kali tambah nasi, sedapnya makan lauk simple macam ni. 


Ok, itu je lah nak cerita. Sebab nyamuk banyak gila dekat kampung sekarang ni, mungkin sebab siang tadi hujan lebat gila, jadi nyamuk-nyamuk terpaksa bermalam dalam rumah kami dan sedut darah-darah kami


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post