• News

    17 July, 2023

    Wordless Monday : Aimy Muntah dan Mengundi Di Dun Jeneri

    Assalamualaikum wbt.



    Harini around 10.30 macam tu, aku dapat call dari Ustazah Alina, cikgu kelas Aimy bagitau yang Aimy muntah dah 3 kali dekat sekolah. Adoii.. kelam kabut isi exit pass, mintak HOD sign exit pass, terus pecut ke sekolah. Aduhaiii anak, mama dah pesan dah, sebelum pi sekolah makan dulu. Aku risau dia perut masuk angin. Tapi doktor cakap, mungkin keracunan makanan, sebab muntah lepas dekat kantin. 



    Tapi aku syak di Aimy ni muntah sebab perut dah masuk angin, sebab pagi-pagi budak ni bukannya jenis yang nak makan sangat. Dah kebetulan sekarang ni depa ada latihan sukan, dengan tak makan nya, haaa confirm perut masuk angin. 



    Alhamdulillah, since aku ambik dari sekolah tadi, dia dah tak muntah. Tapi sebab risau, still bawak jugak dia ke klinik. Hati mak mana yang tak risau, tengok anak sakit macam ni. Dah la tengok dekat news sekarang ni, demam 2, 3 hari lepas tu meninggal. Allah. Takut sungguh! 




    Ni haaa budak yang muntah dekat sekolah tadi. Nak dijadikan cerita, last week pun sebenarnya aku dah kena pi sekolah, ustazah telefon bagitau Aimy sakit perut. Adoiii… ni la akibatnya degil tak dengar cakap mak, dah cakap sampai berbuih mulut, makan dulu sebelum pi sekolah, tapi depa ni jenis ketegaq! Hahahahaha.., haaaa puas hati kalau dapat beletiyaq dalam bahasa Kedah terchentaaaa…. 😂😂



    Sebut pasal Kedah, 12 Ogos nanti akan ada pilihanraya di beberapa negeri termasuklah Kedah. Haritu dah mengundi untuk parlimen, jadi kalini nak kena balik Kedah lagi, mengundi untuk dun. Well, aku of course lah mengundi dekat dun yang paling hebat antara semua dun, which is Dun Jeneri, mempertaruhkan MB Kedah Sanusi Md Nor menentang calon daripada pihak lawan. 



    Well, kerusi panas ni. Hahahahaha.. aku ambik lah cuti separuh hari 11 Ogos tu sebab nak gerak balik ke Kedah tu, mesti jalan sesak jugak tu. Tambah-tambah hala ke Penang, dekat Juru dan Seberang Jaya, confirm sangkut kat situ. 



    Tak sabar nak balik mengundi ni, sebab sambutan mengundi dekat kampung aku boleh tahan meriah. Mungkin dekat sesetengah tempat macam biasa je setakat gantung poster, tapi area Kedah sana memang seronok dan meriah.



    Nanti lah aku update betapa meriahnya kempen pilihanraya dekat kawasan aku. Kalau lah ayah masih ada, hurmmmm.. mesti ayah orang paling busy. Rindu ayah sangat-sangat.




    Kenangan masa mengundi Parlimen Sik haritu, mak masa ni dah siap mengundi, semangat betul mak and the geng keluar awal. Aku dan mak mengundi dekat tempat yang sama, dekat sekolah kebangsaan aku dulu, adik-adik aku ada yang tercampak ke sekolah lain.




    Kiri dan kanan jalan penuh dengan bendera. 




    Aku dengan sepupu, Kak Toh masa ni on the way nak pi mengundi, naik transport yang disediakan. Jadi tak payah nak drive, sesak-sesak dekat kawasan tempat mengundi.





    Inai biru, tanda sudah mengundi dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Heheheehe..







    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers