Mak Hang Yang Hangat- Hangat Tahi Ayam

Dah 6 hari di bulan Ogos tapi langsung tak post apa-apa dekat blog kesayangan aku ni. Masa beli domain haritu beria sungguh, janji dekat diri sendiri nak post entry baru hari-hari. Tapi tengoklah apa yang jadi, seminggu sekali nak post pun payah. Ini lah perangai hangat-hangat tahi ayam manusia bernama Siti Noor Aminah ni ye. Hahahahaa..


Ok fine, nak cerita sikit pasal perangai hangat-hangat tahi ayam aku versi mak-mak. 


Pernah dulu, aku daftarkan anak-anak aku, Emran dan Amna masuk kelas mewarna, kononnya nak bagi anak-anak aku pendedahan, macam mana mewarna dengan baik, tapi sudahnya lepas beberapa kelas, aku dah malas nak hantar anak-anak aku ke kelas mewarna tu. Hahaha..


Kelas mewarna tu tak salah aku dalam 2 jam, jadi lepas hantar Emran dan Amna ke kelas mewarna tu, aku tak terus balik ke rumah, sebab rasa macam eh sekejap lagi dah nak kena ambik anak-anak balik dari kelas mewarna. Jadinya aku pun lepak dekat playground dalam taman cikgu mewarna tu, last-last aku bosan, dan decided malas nak hantar anak-anak pi kelas mewarna lagi. Hahahahahaha… entah berapa kali kelas je anak-anak join hari tu.


Ok, kemudian tu aku daftarkan anak-anak aku masuk kelas Taekwondo. Almaklumlah mak nya dulu atlet taekwondo sekolah, nak jugak lah anaknya masuk kelas taekwondo. Masa tu kelas taekwondo ni buat dekat Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, hari sabtu kalau tak salah aku. Punya lah semangat ye, siap beli uniform taekwondo, sudahnyaaaaaa… lepas beberapa kelas aku dah malas nak hantar lagi. Hahahahaha…


Malas nak hantar anak-anak pi kelas taekwondo tu. Kadang-kadang, kami takdak dekat Manjung ni, either balik Ipoh or balik Kedah. Jadinya, lama-lama terus tak pi kelas taekwondo ni. Hurmmm rugi betul.


Tak habis kat situ, ada jugak aku daftarkan Emran, Amna dan Aimy masuk kelas silat. Adoiii.. ni pun sama jugak, lepas beberapa kelas aku dah malas nak hantar, pagi-pagi ahad kena bangun awal pagi, nak hantar anak ke Kampung Serdang belajar silat, anak-anak pun malas nak bangun pagi. Hahahaha…. 


Rugi gila bayar bayar duit pendaftaran segala bagai, last-last sebab perangai hangat-hangat tahi ayam mak hang, anak-anak banyak spend time kat rumah, tengok tv, kayuh basikal depan rumah je.


Itupun jangan, tengok kawan daftarkan anak dia kelas piano, aku pun gedik nak daftar anak masuk kelas muzik jugak. 😂


Padahal tak sedar diri, poket tak berapa tebal. Hahahaha…..


Sudah-sudah lah tu berangan. Nak masuk kelas muzik bagai, ingat anak boleh jadi ahli muzik macam P Ramlee ka? Hahahaha… jadi, semua plan mak hang berakhir dekat situ je la, sebab mak hang sendiri pun tak rajin nak hantar anak pi ke kelas yang mak hang beria daftar tu.


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post