• News

    25 September, 2023

    DAH SENGKEK

    Minggu lepas aku demam, lepas baik demam, badan masih rasa lemah, lemau, macam belum sihat sepenuhnya. Jadi weekend semalam, aku duduk tercongok je la dekat rumah, kalau rasa nak tengok TV, aku tengok TV, kalau rasa nak tidur, aku tidur. Tak mampu berdiri lama-lama, rasa pening. Macam nak terjatuh pun ada. Ada jugak simptom macam orang mengandung kan, tapi mustahil lah mengandung sebab aku pakai implanon.



    Tapi pakai implanon pun belum tentu 100% protected kan? Ahhh sudah. Tengok-tengok betul aku pregnant. Ishhh takmau fikir, harap bukan pregnant. Harap-harap ni simptom badan baru nak recover dari nak baik demma haritu. Ya Allah, jauhkan lah. Let me bela anak-anak yang ada ni cukup lah. Hahahaha. Entah apa-apa, fikir sampai ke situ. Padahal belum tentu pregnant pun.



    Ok, berbalik kepada tajuk, dah sengkek! 



    Ye, memang dah sengkek sangat. Dalam dompet pun tinggal berapa ringgit je, nak bagi duit anak pi sekolah lagi. Kesian anak-anak. Aku asyik dengar Amna cakap, “Aimy, bawak 2 ringgit je lah, jangan ambik 3 ringgit”! Hahahaha. Aku tanya, ada ker makanan jual 2 ringgit, dia kata ada, ayam goreng. Takkan nak makan ayam goreng dari pagi sampai ke petang. Cukup ker? Kenyang ker? 



    Hai lah anak-anak. Kesian, kecik-kecik lagi dah kena berkorban, dah kena berdikari. Takpa, semoga bila hangpa besar nanti, hangpa boleh jadi manusia yang tak menyusahkan orang lain, boleh berdikari sendiri macam mana mama hangpa, mimi dan adik beradik mama. Tibeeee…



    Nasib baik lah harini geng-geng gomen dah gaji dan kebetulan jugak, tengok-tengok akaun Maybank, dah masuk duit peruntukan (duit bini tentera). Alhamdulillah, boleh lah bernafas sekejap. Lepas tu, suami terus transfer duit belanja, haihhhh boleh la menampung hidup sebelum dapat gaji 28hb ni.



    Gaji pulak masuk masa public holiday, so petang-petang sikit lah kot baru duit gaji masuk. Jadi weekend tu boleh lah belanja anak-anak makan. Cadangnya kami nak pi makan KFC dekat Pekan Lumut, saja nak vibes kat situ sebab boleh tengok orang lalu lalang. Hahahaha… 



    Tinggal lagi berapa bulan je lagi nak dapat duit peruntukan ni, nanti suami dah pencen, takde dah duit peruntukan ni. Jadi, kena pandai-pandai berjimat cermat lah lepas ni sebab dah takde additional pocket money. Uwaaaa.. nak nangis ker tak ni. Hahahaha…



    Duit peruntukan ni actually potongan wajib yang patut dibuat oleh seorang anggota tentera kepada isteri dia. Katanya, kalau tak buat potongan ni, boleh dikenakan tindakan. Betoi ka tak wallahualam, setakat yang aku dengar, macam tu lah. Jadi, tinggal berbaki berapa bulan je lagi nak dapat duit peruntukan ni. Hahahaha…



    Ok lah, bebel sampai sini je. Harap-harap, esok boleh bebel lagi. Haihhh,, lemau gila nak update blog. Padahal hari-hari pi check account adsense, tengok berapa lah hari ni aku dapat earnings ye. Hahahaha.. nak harapkan earning dari youtube, subsribers pun tak sampai 200 lagi. Tak senang jugak ye nak jadi blogger atau youtubers ni. Huhuhu..





    Hujan lebat pagi ni, habis basah kasut BUM Equipment yang aku beli dekat Shopee ni. Sedap pakai kasut ni, tak rugi beli. Tapi asyik kena hujan panas, hujan panas, kasut pun dah start lekang. Dah beli kasut baru, tapi besar pulak. Itu yang malas nak beli online, dah la kaki kecik size Cinderella. Beli 2 pasang pulak tu, nak jual balik pun tak tau lah sapa nak beli. Hurmmm… padan muka.






    Bawak bekal ubi keledek rebus je pagi ni, beras naik harga katanya. Jadi, kita makan lah ubi rebus. Sedap jugak ubi keledek rebus ni, tapi lagi sedap kalau makan ubi keledek rebus yang beli dekat Cameron Highlands. Hahahaha. Alasan je tu, sebab dah lama sangat tak pi Cameron Highlands. Bila nak repeat? Urmmmm.. entah. Kena tunggu laki pencen lah kot.





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers