• News

    24 January, 2024

    Bila Anak Gagal Ujian Matematik Tahun 4

    Seminggu, dua minggu lepas musim exam, so by this week, mesti lah dah dapat markah. Lagipun tinggal berapa hari je nak sekolah kan, lepas tu cuti sebulan, lepas tu pulak akan naik darjah baru. Emran nak naik form 1, Amna naik darjah 5, Aimy naik darjah 3, dan Aleeya akan masuk darjah 1.



    Ok, berbalik kepada cerita pasal markah ujian budak-budak ni, so Aimy pun update lah aku markah ujian dia. Well, Aimy ni aku tak berapa risau sangat, kerja sekolah siap awal, markah-markah ujian pun so far Ok lah, Alhamdulillah. Tapi dua orang yang paling aku risau, ni si Amna dengan Emran.



    Jadi, bila Amna bagitau markah ujian matematik dia aku terus berleter non stop! Hahahaha… sikap mak-mak sangat! Tapi mak aku tak perangai macam ni, aku ni taktau dari mana dapat perangai suka berleter. Haihh.. membebel lah aku, kenapa markah dapat teruk, itu la, sifir tak hafal, bla bla bla… 



    Sambung lagi berleter!



    Tak kesian ke mama papa kerja cari duit, anak-anak pulak belajar main-main, tak belajar betul- betul, dan macam-macam lagi lah benda yang keluar dari mulut aku. 



    So, bila dah tenang-tenang, dah mandi makan segala, aku pun buka lah facebook, nak mengikuti perkembangan semasa pasal kawan-kawan, saudara mara, berita hal dunia, hatta kisah rumahtangga. 



    Tiba-tiba, lalu lah dekat wall aku post dari Cikgu Mohd Fadli Salleh pasal keputusan ujian matematik anak dia. Well, anak Cikgu Fadli dapat 16% kalau tak salah aku. Maafkan aku ye kalau salah. Cikgu Fadli ni pulak memang ajar subjek matematik, jadi secara logiknya, bapak cikgu matematik, mesti anak pandai matematik. Sebab kita guna konsep, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.



    Tapi, aku terfikir, sedangkan bapak seorang cikgu, plus cikgu matematik, anaknya pun dapat markah belas-belas, while anak aku dapat 32 aku dah membebel bagai nak rak, aku lupa kot, tiap kali Amna tanya soalan, ada soalan yang aku rasa, eh ini memang level matematik budak darjah 4 ka?



    Bukan ka soalan ni macam aku belajar dekat sekolah menengah? Takkan budak darjah 4 dah belajar pasal ni? 



    Wehh.. kesian budak-budak, sumpah kesian! Mesti tertekan dengan syllabus macam gini, no wonder la buat syllabus sampai budak-budak stress nak ke sekolah, last-last cakap rugi je pi sekolah, baik jadi insta famous, jadi tik tokers, jadi youtubers, dapat income masyuk, macam bagi depa, buat apa pi sekolah, belajar benda yang hang tak boleb apply dalam daily life hang pun. 



    Gitu!



    Jadi aku rasa, perbuatan aku membebel teruk-teruk kat Amna tu macam a bit unfair for her, sebab aku pun tau betapa susahnya budak-budak ni nak faham matematik, dah la sebelum ni PdPR, belajar kat rumah je masa covid. So aku rasa, basic pasal matematik pun budak-budak ni tak boleh nak grab, especially Emran sebab masa tu semua belajar online.




    Dan aku pulak, takdak effort untuk hantar anak aku ke kelas tuisyen. Hurmm… so, susah untuk blame 100% dekat budak-budak ni.



    Well, itu je la cerita aku. Maaf kalau ada terkasar bahasa.

    Screenshot image dari FB Cikgu Fadli.


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers