• News

    01 July, 2024

    Wordless Monday 1st July 2024

    First day in July. It’s consider we already go through half of the year in 2024. Please be nice to me. Hehehehe. Entah la, english ke laut. Kita nya tak pandai english, grammar, preposition, present tense, paste tense, future tense segalanya tunggang langgang, but who cares? I don’t care. So why you care? 



    Hahahaha…



    Battery ada 7 percent lagi, so aku nak update laju-laju sebelum battery telefon ni mati. Ok, sempena hari pertama di bulan Julai, kita mulakan dengan cerita-cerita berdasarkan gambar yang ada dalam galeri telefon ku.





    Ikan pekasam ni kawan tempat kerja aku bagi. So tak tahu la sebekas ni harga berapa ringgit, ada dalam 3, 4 ekor macam tu lah. Dah try goreng pun, sedap! Rasa macam ikan pekasam. Hahahaha… by the way, mak aku paling mahir buat ikan pekasam dan ilmu buat ikan pekasam diturunkan kepada kakak aku. Sampai ke aku, satu ilmu memasak pun tak hado. Sedih betul. Apalah nasib, dah la malas, tak pandai masak pulak. Hahahaha…





    Masa ke Pasaraya TF Manjung haritu, terjumpa lah air susu kurma jenama Nutrigen. Ini pertama kali aku jumpa susu kurma jenama Nutrigen ni, selalunya memang aku beli susu kurma jenama Farm Fresh je. Tapi disebabkan nafsu nak mencuba susu kurma selain susu kurma Farm Fresh, maka kami pun beli lah Kurma Milk Nutrigen ni. Ummmm what can I say, rasanya hampir sama je rasa susu kurma ni. Hahahaha… i can’t be a good food reviewer, failed lah kalau review makanan or minuman macam ni. 






    Aku ke Maybank Manjung tadi, nak tanya pasal akaun Yippie anak aku, apahal masuk duit boleh, nak keluar duit tak boleh. Haihhh.. kena datang balik ke any Maybank branch bawak surat beranak aku, katanya masa aku register and submit surat beranak Aleeya dalam system tu tak berapa clear. Sebab masa tu aku dapat notification yang aku boleh buka akaun yippie guna Maybank2u je. Sebagai manusia yang malas nak ke bank, so aku sign up lah benda tu secara online. Transfer duit ke dalam akaun tu takde masalah, ni aku nak transfer keluar, oiii tak boleh pulak haaa.. kalau tau macam ni, baik aku bawak je surat beranak anak-anak aku, buka dekat kaunter je macam biasa. Aku macam biasa la, protes jugak la dekat situ sebab system maybank tu macam menyusahkan aku. Hahahaha…. By the way aircond dekat maybank tu sejuk, suka nyaaaa aku.





    Aku craving buah-buahan. On the way balik ke office tadi, singgah beli jambu batu dan rock melon. By the way buah tu bukan rock melon, adik-adik sikit lah dari rock melon aku rasa. Biasanya kalau aku beli buah, memang jarang aku letak asam, memang aku makan raw macam ni je. Sejak Dr Imelda tu cakap buah jambu batu ni bagus, vitamin C tinggi ke apa tah, ehhh memang kena lah dengan aku yang peminat jambu ni haaa.. boleh dikatakan banyak la buah-buah yang aku suka, dragon fruit ke, tembikai ke, betik ke, semua aku bedal. Makan lah buah, senang kau nak berak nanti. Hahahaha.. maaf, tak pasti itu fakta atau auta, so jangan percaya sangat ye.



    Ok lah, sekian sahaja update saya untuk harini. 



    By the way saja nak bagitau, how i wish i have very high confidence to speak in English or in Bahasa itself in front of others. How to get that confidence eh? Shopee got sell confidence meh? If got, i want to buy 100. Hahahaha..



    That’s all for today. Salam madani buat semua rakyat Malaysia. 

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers