Wordless Wednesday - Craving Kek, Homemade Coleslaw dan Fun Run 5KM

Assalamualaikum wbt.

Rabu, 16 October 2024.

Harini aku nak mixed je lah beberapa cerita dalam satu posting. Sebab aku malas. Hahahaha… Nooo… sebenarnya aku bukan malas, tapi penat sebab baru balik kerja. Aku sampai rumah masa orang dah start solat Maghrib dekat masjid depan rumah aku ni. Aku dah cuba nak balik awal, tapi banyak hal pulak nak kena selesaikan. So terpaksa la balik lewat sikit. Nasib baik harini ada geng, so before pukul 7 malam kami kelam kabut kemas barang dan balik, sebab kalau balik ngam ngam pukul 7, kang tersangkut lah kami dengan orang yang nak masuk shif malam.

Penuh depan gate dengan motor, kereta, van kilang, bas kilang sekali jugak dengan orang yang berjalan kaki. Agak bersesak la depan gate tu kalau time orang nak masuk, atau habis shif.

Apa boleh buat, realiti orang kerja kilang macam kami, kena la hadap benda-benda macam ni kan. 


CRAVING NAK MAKAN KEK

Harini tiba-tiba rasa craving sangat nak makan kek. Bila ingat-ingat balik, memang dah lama sangat tak makan kek. Eh, ada tak makan kek baru-baru ni eh? Entah, tak ingat! Tak boleh nak recall balik memori ni. Tahun ni dah 40 tahun, memang memori macam dah tak berapa nak elok dah. Hahahha.. So, kami pun pujuk la budak dekat dalam office ni suruh pi redeem kek dekat Yiho, sebab kalau makan dekat situ, kami selalu guna member’s cade mak dia, so bila point dah banyak, boleh la redeem kek ke apa ke kat situ. 

Asalnya, kami plan nak redeem kek tu time coming birthday sapa tah, tapi disebabkan dah craving kek gila-gila ni, kami pun decide next birthday tu, kita buat collection lah, collect duit sorang sikit untuk beli kek. Tapi kek harini, kita redeem je la kek dekat Yiho tu.



Ni haaa rupa kek yang berjaya kami redeem. Berebut kami makan, sebab memang dah lama sangat tak makan kek. So, craving satisfied.


HOMEMADE COLESLAW

Dua, tiga harini terasa nak makan salad sayur. First day aku buat salad buah timun dan carrot, lepas tu letak sos cili Thai Kimball. Nak bagi sedap, aku letak sikit daun ketumbar. Alhamdulillah, habis jugak la salad sayur aku tu. Dan harini aku bawak pulak coleslaw. Lama tak makan coleslaw KFC, sebab dah lama tak jejak kaki dekat KFC, so kita buat lah sendiri. Bukannya susah sangat pun nak buat homemade coleslaw. Bahan-bahan yang perlu ada ialah kobis, carrot dan mayonis. Serta, sedikit perisa. Malamnya aku dah sediakan kobis dan carrot tu, tos kan air dan simpan dalam peti. Pagi ni je aku masukkan dalam bekas dan tambah mayonis. Aku sebenarnya tak berapa sure resepi coleslaw ni kena letak serbuk lada hitam ke tak, jadinya aku pun tak letak.

Sampai di tempat kerja, aku simpan coleslaw tu dalam peti ais, sebab lagi sedap makan sejuk-sejuk. Alhamdulillah, sedap. Kawan-kawan pun puji cakap sedap, entah-entah saja nak sedapkan hati. Hahahaha...




Homemade coleslaw pakai mayonis dari Kimball, beli dekat kedai 99 Speedmart. Tak salah aku 1 pek mayonis tu 1 liter, harga dalam RM10.30. Lupa nak update, aku letak susu dan gula sikit, nak bagi rasa lemak sikit. By the way, aku potong sayur ni pakai peeler je, senang gila. So lepas ni boleh la buat lagi.


HARI SUKAN NEGARA - FUN RUN 5KM DI PADANG ASTAKA

Saja nak share cerita, sabtu 12 Oktober, aku satu family join fun run 5km di Padang Astaka Sitiawan, sempena Hari Sukan Negara. Satu lagi program fun run ada buat dekat AEON Mall Manjung, tapi kami malas nak join dekat situ, sebab medal fun run dekat Padang Astaka ni depa provide sampai 500, so disebabkan kita ni terpaling nak medal, nak tayang dekat followers-followers kita, makanya kami pun join la fun run dekat Padang Astaka tu. Walapun nama fun run, tapi aku macam biasalah, berjalan lebih banyak daripada berlari. Hahahaha. Malu dengan uncle aunty yang dah umur lebih tua dari aku, tapi boleh habiskan larian lagi cepat dari aku. Hahahhaa.... 

Aku rasa, uncle aunty ni memang dah biasa berjalan, nak compare dengan aku yang bekerja ni, berjalan satu hari kadang-kadang tu tak sampai pun 3000 steps.

Tapi ok la, dapat spend time dengan family, ada good memories sama-sama. InsyaAllah, ada next fun run kami nak join lagi. Tapi yang 5km je lah kot, kalau fun run 10KM memang tak mampu dik.



Medal fun run 5KM sempena Hari Sukan Negara. Comel je medal, macam budak sekolah punya hari sukan. Hahahaha. Takpe lah, janji ada medal. Baru la kita lagi semangat nak join fun run, walaupun untuk umur aku, dah layak masuk kategori veteran dah. Hahahaha... 

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post