Friday, August 31, 2012

SALAM MERDEKA 55 TAHUN!!

Tahniah untuk Malaysia, menyambut ulangtahun merdeka untuk kali yang ke 55. Harap2 keamanan yang ada kekal sampai bila2.

Selamat bercuti. 3 hari yu ollss. Tapi tak best pun, ayah emran kena duty. So kami dua beranak bosan ya amat. Hahaha.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Esok nak buat laksa!

*pantun 2 kerat* haha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 29, 2012

RUMAH BARU YANG TAK BERAPA NAK BARU

Alhamdullillah.. Lebih kurang 2 bulan jugak kami 3 beranak pindah masuk rumah yang ayah emran baru beli. Bukan rumah baru pun, rumah second hand ja. Tapi, syukurlah, rumah sendiri kan. Sebelum ni menyewa kat apartment. 


Memang tak best dok apartment tu, macam2 kes, daripada rumah kena pecah masuk 2 kali, lif asyik rosak, ayaq selalu takdak, parking problem. So now, duduk kat rumah teres, memang lega. Tak payah risau pasal masalah2 sebelum ni. Alhamdulillah.


Rumah sekarang dekat sangat dengan masjid. Tadika kemas tu 10 langkah ja dari gate rumah. Hahaha. Tadika PASTI pulak selang tak sampai 10 bijik rumah. Kedai runcit pun dekat. Nak pi Giant, Tesco, Billion, kedai 1 Malaysia pun dekat. Hahahaha.


Sebelum masuk rumah tu, ada kes jugak la sebab penyewa dengan owner lama takmau keluaq. Last2 kami beralah, bagi dia dok lagi sebulan. Sepatutnya hujung bulan 5 dia kena chow, sekali tak chow jugak. Siap cakap nak tunggu abeh cuti sekolah apa benda ntah, bla bla bla. Gaduh jugak la dalam telefon. 


Last2 cakap kat dia, "kak, kalau kak tak kluaq dari rumah tu, kami terpaksa buat police report, dan sewa kena banyaq kat kami. Kalau kak keluaq awai, takpa tak payah bayaq sewa rumah pun takpa". Last kak tu cakap, "eee.. banyak cakap la ko ni". Kojaq gak kak tu. Kami ni kira baik hati bagi dia dok sebulan lebih, dah la tak ambik sewa. Dok free okeh. Mengenangkan kak tu ibu tunggal, kami kesian kat dia. Takpa2, sabaq.


Rumah masa dia tinggai, memang kotoq gila. Geli nak tengok. Orang kedah kata "komoh". Kalau tengok dalam toilet, memang sangat2 geli. Kak ni pulak meniaga nasik lemak pagi2. So takleh bayangkan keadaan rumah ni dengan dia dok meniaga tu. 


Ayah emran dah renovate sikit rumah tu. Pasang tile. Buat wiring balik. Cuma bahagian dapur tu la sempit sikit. Nak pasang kitchen cabinet pun takleh, sebab sempit. So, tunggu ada duit lebih sikit, nak tambah sikit bahagian belakang tu, so besaq la sikit dapoq tu. Sekarang ni rilek dulu. Tapi serius, memang sempit sikit la dapoq tu. Insyaallah, ada duit lebih nanti baru tambah. Hehehe.


Kami pun dah selamat buat majlis doa selamat, jemput orang masjid. Penat, tapi lega. Semua dah setel. 
 


 Cermin yang dah retak menanti belah 



 Nak kena cat balik. Lepas indon tu cat warna putih,
ayah emran cat pulak dengan warna kuning ayaq.



 Bilik tengah. Kucing jiran2 suka berak kat longkang
belakang bilik ni. Sumpah aku takleh masuk bilik ni.
Aroma taik kucing buat aku pening. Hahaha.



 Bilik utama. Rumah ni serius banyak nyamuk.
Kalah rumah kampung. Malam pertama
kat rumah ni takleh tidoq, berjaga tampaq nyamuk.



Bahagian sinki yang teruk. 
 

 
Best part, depan rumah ni ada pokok pelam. Asyik berbuah pulak tu.
Dahan pokok ni turun betui2 depan gate.
 
*nampak tak signboard tadika kemas kat depan tu*









Tuesday, August 28, 2012

MARA: BAYARAN BALIK

Hari tu aku dapat notis 14 hari untuk setelkan balik bayaran MARA. Hahaha. Ada dalam 2k je nak setelkan loan tu, tapi malas nak perabih. Dok bayaq sikit2. So, lepas raya on 23rd aku bayar la 500 guna maybank2u. Lepas bayaq tu, rasa lega la sikit walaupun tak setel2 lagi hutang piutang tu. Hihi.

Bila aku check website MARA, tengok amount tu macam banyak tu jugak, macam tak kurang pun. Tak hapdet2. Call MARA, macam biasa la, susahnya nak dapat. Bila dah dapat, kena call bahagian kutipan luar, kawalan kredit la. Fine, layan je la. So harini dapat la cakap dengan bahagian yang sepatutnya.

Pakcik tu cakap, bayaran on 23hb belum proses lagi.

So, bila nak proses?

Minggu ni lah, kan cuti raya.

Ohhh.. lama cuti? Saya 23hb dah start keja.

Awak lain, kitorang lain. 

Hmm.. yelah2. So, bila nak update ni?

Minggu ni lah kot. 


* Ok, selamat hari raya staff MARA. Lepas kenyang makan lemang dan koi raya, jangan lupa update payment saya ye. Macehhhh.