Monday, July 29, 2013

ISNIN YANG LETIH

WORDLESS MONDAY

Mood letih, sebab pukul 10 semalam baru sampai dari rumah mak mertua.
Dengan amna selsema, dengan emran asyik buat perangai
Masa berbuka tu makan sikit ja sebab amna dah melalak sakan
Takmo dekat opah, nak mama dia ja..

Anak diutamakan.. Tapi sebab lapaq sangat, mama makan dulu noh amna
Petang sebelum berbuka tu dah menggigil badan sebab dahaga
Tediaaa.. Dah kalah budak2 baru belajaq nak posa..

Lupa nak update, amna dah selamat di sunatkan
hari khamis, 25hb Julai, sehari sebelum cuti nuzul al-quran
aku kalau boleh memang nak amna disunatkan oleh doktor pompuan, Dr. Saadiah kat 
Klinik Perdana Lumut tu
Tapi Dr. Saadiah tak sihat, lumpuh katanya, sebab tu asyik bertangguh ja nak sunat amna
so now rasa lega sebab amna dah sunat
amna dah big girl sekarang

 kesian, kena kiss dengan nyamuk

main charger tepon
 
 
muka kesian sebab selsema nih..

Thursday, July 25, 2013

KEPUTUSAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Tak sangka dah tua2 macam ni baru SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) baru nak panggil interview. Ingatkan SPA tak berminat langsung dengan aku. Hahaha. So ceritanya bulan 5 hari tu aku ada la pi interview penolong pegawai tadbir gred N27 kat JPJ Ipoh.

Walaupun family mertua aku dok Chemor, Ipoh tapi aku bukannya reti sangat area Ipoh tu. Nak buat macam mana, kalau balik umah mertua, asek2 pi Mydin ja. Ada jugak la ke Ipoh tapi mana la nak reti sangat jalan2 kat sana. Sudahnya aku SESAT. Ayah emran punya marah aku sebab aku sesat pi mana hala ntah. Hahaha. Sapa suruh tak teman.

Drive dari rumah (Manjung) nak ke Ipoh, ya rabbi... punya la jauh aku rasa. Terfikir jugak aku, macam mana la orang yang dok travel hari2 dari Manjung ke Ipoh. Kereta pun banyak. Alahai.. tak sanggup aku nak travel jauh2. Dekat 2 jam kot. Itu baru pi keja, balik keja kang 1 hal. Uihhh.. penat la badan.. Kiranya tu la first time aku drive sorang2 ke Ipoh, selalunya ayah emran la yang drive. Aku melepak ja kat belakang dgn emran, dgn amna. 

Aku dapat no. berapa tah, tak ingat dah. Haram tak buat preparation apa pun. Sebabnya aku baca email tu hari khamis. Hari jumaat aku korek2 balik semua sijil2, almaklum la dah lama tak attend interview kansss.. Baca la apa yang patut.. Panel tu tanya apa tugas penolong pegawai tadbir ni, aku jawab 2 ja, sebab memang aku hafal 2 ja. Tengok2 panel mintak 1 lagi, aiyakksss. Aku taktau, lepas tu goreng la aku. Ntah betul ka tak apa aku goreng tu. Hahaha.

Katanya 29 Julai ni baru dapat tau result. So, neves jugak ni. Almaklum la, berharap jugak dapat. Tapi kalau boleh, dapat dekat2 sikit. Demand plak ye. Bukan apa, anak2 kecik lagi, kalau boleh nak la kami 1 family dok sekali. Anak2 pun perlukan ayah depa.. Aku pun perlukan suamiku.. Kah3x..

So, menanti dengan penuh sabar dan doa. Harap2 ada rezeki anak2. Harap2 ada rezeki aku join kerajaan. Lebiu abang jib! Hahahaaha... 



rindunya emran masa ni.. bulan depan dah nak masuk 2 tahun.. cepat pulak rasanya..
walker ni sekarang amna yang guna.. kadang2 emran jeles, emran guna jugak..
tak puas naik kot masa kecik dulu.. hahaha..

 masa ni kat teluk batik.. 

 emran isap cerut..
 




Wednesday, July 24, 2013

KERABU TAUGEH BERSAMA KERANG

Taktau nak masak apa untuk berbuka. Asyik2 sambal, asyik2 ayam goreng. Tetiba teringat nak buat kerabu taugeh dengan kerang. Biasanya kalau kenduri kat belah2 Kedah memang selalu ada kerabu taugeh dgn pucuk paku. Tapi kemarin saja la buat kerabu taugeh dengan kerang. Sebelum balik kerja, google resepi dulu, almaklum la memang aku jahil sikit bab2 masak ni. Lagipun ni first time buat kerabu.

Rasa macam senang saja kot nak buat kerabu taugeh ni. Hafal semua bahan2 dalam kepala otak, balik kerja terus singgah PCK kat Manjung. Alhamdulillah, semua bahan2 ada juai. Balik2 rumah tengok kerisik dengan serai lupa nak beli, kena la mintak ayah emran pi beli. Kawan aku kata kena letak lengkuas, tapi aku tak letak pun. Bahan2 yg aku guna:

Taugeh aka toge dalam 5 kupang
Serai sebatang
Bawang besaq sebelah
Kerisik separuh plastik
Cabai melaka 2 bijik
Belacan sikit
Limau nipis sebijik
Garam
Halia (aku memandai letak halia, tak sure resepi asal ada letak ka dak)
Dan tak lupa kerang dalam setengah kilo




 Semangkuk kerabu taugeh bersama kerang untuk tatapan semua.. Hihihi..



Kerang yang agak ramai di dalam mangkuk.. ;-)


Kecuq ayaq liyuq masa dok menggaul kerabu ni.. Sedap gila bau.. Bau ja la yang sedap, rasa belum tentu lagi sebab posa kan, mana boleh rasa garam cukup ka dak.. Alhamdulillah, ayah emran makan banyak.. Kira sedap la tu.. (untung ada bini pandai masak). hahaha...