Tuesday, October 29, 2013

KASUT BARU PELISSSS

Alhamdulillah, aku dapat call untuk pi interview 8hb nanti. Harap2 ada rezeki aku.


Aminnnn...


Tapi masalah sikit, sebab aku takdak kasut yang sesuai nak pi interview. Bulan lepas masa interview kat Seri Iskandar, cari2 kasut nak pakai pi interview, tak hadoooo.. Gila khinzir dah aku masa tu, takkan nak pi beli kasut baru, keja tu belum tentu dapat lagi. Hahahaha. Cuak, neves semua ada, dah la dah lambat sangat masa tu. Nak drive ke Seri Iskandar tu bukannya dekat, 45 minit jugak oiii.. 


Last2 aku pakai kasut hitam bertutup yang aku pakai masa pi intervirew gomen penolong pegawai tadbir tu. *hampeh, tak dapat pun keja ni.hahahaha.bukan rezeki aku nak jadi penolong pegawai tadbir.ekekekeke*





Rupa kasut tu lebih kurang kasut ni la. Tapi ni berjenama Alain Delon gitu, kasut yang aku beli tu tak hadoo jenama, beli kat billion harga dalam RM35 gitu. Itupun kira mahal dah. 


Hahaha.


Gambar curi dari sini


Bayangkan la, aku pi interview kat kilang, tapi pakai kasut gini, macam tak sesuai, masa tu aku gelak kat diri sendiri. Sebab nampak macam budak nerd gila pi interview kilang pakai kasut orang pi interview gomen. Lantak la, dah terdesak sangat, mana pi ntah kasut crocodile aku tu.


Jadinya untuk interview 8hb nanti, aku perlukan kasut baru. yesss.. kasut baru. Mungkin dengan invest sikit duit untuk beli kasut baru, maka aku dapat job ni. Hahahaha. Bajet bagussss... 


Wish me luck ya. :-)






Monday, October 28, 2013

ROTI KERAS KEJUNG


 Tiap2 minggu aku mesti beli roti gardenia yang sebijik 7 kupang tu, bekal emran pi rumah pengasuh. Samada inti coklat atau jagung. Aku kena make sure kat rumah ada stok roti, sebab emran kan pemakan roti, dia tak makan nasik. Kadang2 emran tak makan, mak ayah dia yang makan. Jadi, stok roti harus ada dirumah.

Aku ni berasa sungguh teringin nak buat roti. So, gugel2 la resepi nak buat roti. Tengahari tu keluar lunch siap beli semua2 bahan nak buat roti, semangat gila nih. Semua bahan rasanya dah terpahat dalam memori. Tepung, yis kering, gula, garam, ayaq, teloq. 

Alkisahnya malam masa nak start buat roti, nota nak buat roti tu tertinggal kat ofis plak. Tapi still rasa konfiden nak buat roti sebab rasa macam ingat lagi semua bahan2. Dah siap2 uli apa bagai, kena biaq sejam kan. Lepas tu baru teringat lupa nak letak teloq. Cissss.. tawakal saja lah. Bila pi tengok doh yg dah biaq sejam tu lembut, waaaa.. berbunga rasa hati ni. Konfem jadi nih roti aku.

Dah masuk dalam oven, bakaq 45 minit sekali tengok roti aku jadi keras kejung. Rupanya salah time, kena bakaq dalam 25 minit saja. Adoiii.. Kejung pun kejung la, janji still boleh makan. Sekarang ni pantang tengok tepung, tangan ni menggigil rasa nak menguli buat roti. Hahahahaha...

Tapi ada anak kecik ni macam susah la nak buat semua ni, sat2 emran pi terpa kat dapoq, sat2 amna merangkak pi dapoq. Adoiii... Last2 aku amek doh tepung tu bagi emran gentel2. Insyallah. lepas ni nak try buat roti lagi. Semangat nak buat roti takkan padam dari hati walaupun roti pertama keras kejung.

 
Roti ni actually tak la keras mana, still boleh makan. So nak bagi berselera, aku celupkan roti ni dengan coklat, then tapau ke ofis. Licin haaaa... Sampai menjilat2 jari. Nampak benooo kata sedap haa. Hihiihi..

Tuesday, October 22, 2013

BOLEH KAYA TAK DENGAN BERBLOGGING????

Bosan taktau nak update pasal apa. Aku letih packing barang sebenaqnya. Company dah hampir mau close. Best part is, ofis baru belum dapat, tapi dah sibuk dok packing2. Masalahnya, kotak yang belambak ni tak boleh nak susun2 letak satu tempat, depa suruh letak kat mana file tu diambik. Abeh semak tempat aku dengan kotak yang melambak ni. Tapi ok, jangan suruh aku angkat kotak2 ni sudah. Memang tak ter angkat sebab soo berat. Boleh jatuh peranakan. Noo wayyyy!!!


Kemarin aku saja gedik tengok nuffnang, dah berapa juta duit aku ada dalam tu. Kalau banyak, boleh la cash out. Boleh beli susu ka, pampers ka apa. Kalau ada lebih ingat boleh beli lip gloss ka apa, aku ni bibir kering, lip gloss pun haram tak dak nak pakai. Soooo kesian! Kerja penat2, tapi lip gloss pun tak mampu nak beli. Hahahaha. Sapu minyak masak dah la, konfem bibir jadi sooo glossy.. *jimat duit tak payah beli lip gloss cap mebelin*

 
 

Dah berapa lama amount tu tak berganjak2. Dapat rm50 pun jadi la, dah boleh cash out. Hahhaha. Kesian sungguh la, orang lain setahun cash out ntah berapa kali. Hahahaha. Kesimpulannya, memang tak kaya la kalau berblogging syok sendiri macam aku. Pi melawat blog orang pun tak, camno orang nak mai blog kita kan, nak harapkan silent reader pun tak hado. Memang cekelat hangin.