Monday, April 7, 2014

Ikan Bawal Hitam Masak Stim Guna Pemanggang Ajaib yang sungguh ajaib!

OK. Tajuk adalah sangat panjang. Tapi itu adalah kenyataan. Tajuk ni dah berada dalam draft since khamis tapi sabtu baru sempat nak tulis sebab aku is busy di tempat kerja, so tak sempat nak share tahap dewa ni.


Bahan2 yang diperlukan untuk memasak menu yang hebat ini tak lain tak bukan ialah ikan. Disebabkan ikan bawal hitam dijual dengan harga yang murah (aku beli yang reduce to clear), sekilo ikan tu rm5 sahaja dan kondisi ikan masih elok, so aku beli je la. Murah kot.


Bahan2 lain yang diperlukan ialah sayur2 seperti bunga kobis, carrot, kobis biasa, cabai melaka, tomato, daun @ batang saderi, garam, kiub ayam dan jugak sos tiram serta tak lupa pemanggang ajaib cap are-ikan. Ehh.. Tak sure la cap apa, lantak laa..


Mula2, siang ikan dan cuci bersih2. Letak atas pemanggang ajaib dan letakkan semua sayur2 yang dah dipotong size yang mampu ditelan oleh tekak masing2. Cabai melaka pun letak sekali dan kemudian masukkan air dan garam dan sos tiram. Tutup pemanggang ajaib dan on kan api. Tunggu la dalam 4-5 minit dan rasala kuah tu kot2 kurang masin ka kurang kasih sayang ka, sila lah tambah.


Resepi ni aku curi resepi ayah emran. Selalu kalau dia masak dia letak serai dgn asam boi tu bagi masam2 sikit, tapi malas la nak letak asam tu. Leceh bangat dong!










Ni haaaa... Step by step lagi.. Uihhh.. Letak bawang besar sikit ye, lupa pulak nak tulis tadi. OK, selamat mencuba resepi yang super sedap ini. Tapi tak sesuai sangat guna ikan bawal hitam ni, sebab tak manis sangat isi ikan ni. Hihi.



Thursday, April 3, 2014

Syiling baru


Duit gaji aku memang dah tinggal sikit sebabnya bulan ni aku terpaksa renew roadtax insurance kereta viva forever aku tu. Tahun ni tahun ke 4 aku guna. Wuhuuu.. Lambatnya nak abih bayar. Hahaha. Walaupun bukan sampai ribu riban, tapi terus kempis aku punya duit. Lepas tu aku kan dah terbeli mesin jahit. 2 benda alah ni aku dah ter spend dekat RM1000 dari gaji aku yang take seberapa ittew. Huhu.

Aku pun balik rumah mengendeng duit syiling ayah emran. Ayah emran suka kumpul syiling tapi dia tak berapa suka syiling baru. So aku pun cakap la duit aku dah habis. Muka kena sekupang, kena drama lebih sikit.

Aku mintak syiling yang dia kumpul tu, nak tukar. So ayah emran suruh aku ambik syiling baru tu. Aku ambik dalam rm30 sebab aku malas nak kira syiling2 tu. Balik kerja tadi aku dah pi tukar kat kedai buah. Weehuuu.. Lepas la duit makan untuk 2 hari. Hahahah. Sedih kan cerita aku ni. 


Tuesday, April 1, 2014

susu.. susu.. susu..



Tiga model susu berbaris ceria. ESP cap Shaklee tu aku punya. Berat tak sampai 1kg tapi harga agak mahal, seratus lebih. Aku beli masa promo ESP so dapatla murah sikit. Walaupun aku ni ahli shaklee, tapi aku tak berapa minat nak jual shaklee sebab kemalasan aku dan product knowledge aku yang sangat kureng. 


Adik aku suka ESP ni sebab dia ni kadang2 tak amek breakfast, so bila minum ESP ni tak la kelaparan sangat. Aku pulak amek ESP ni sebab aku ada gastrik. Harap2 dengan consume ESP ni gastrik aku boleh sembuh. Amin. 


Susu yang paling kacak bernombor 3 pada badan tu susu Amna, Lactogen 3 nama beliau. Since amna still breast feeding, so bulan2 takla banyak sangat aku kena beli untuk amna. Biasanya aku beli susu amna dekat kedai ubat cina ja, sangat2 murah kalau nak compare dengan harga kat Giant or Tesco. So far Amna minum susu ni dia OK. Pernah aku tukar susu untuk amna, nak guna dutch lady sama macam emran, sudahnya amna cirit 2 minggu. Bermalam la aku dengan amna semalam kat hospital. Huhu.


Si merah yang paling kanan tu susu Nestle Omega untuk ayah. Tak sampai 1kg pun, harga dalam rm25 gitu, aku beli kat Tesco Manjung. Biasanya ayah minum susu ensure, tapi susu tu sangat2 mahal. So nak suruh ayah try susu ni. Beli 1 pek dulu, takut kang ayah tak suka, rugi ja. 


Susu dutch lady 123 emran tak kelihatan dalam ni. Alhamdulillah anak2 aku dapat terima susu murah sebab kalau nak compare harga susu lain kat luar, memang hazab punya harga.