Thursday, November 12, 2020

Pokok Cili Laki Aku

 Assalamualaikum wbt.


Laki aku kalau tanam pokok apa2, insyaallah mau pokok tu hidup. Tapi kalau aku yang tanam, selalunya memang susah nak hidup. Huhuhu.. Kesian.. Dia memang minat tanam2 ni, aku minat jugak tapi disebabkan kebolehan aku untuk tanam menanam ni agak kurang, maka minat aku tu tak la berapa nak hado sangat.


Haritu laki aku tanam cili depan rumah, tanah depan rumah kami tu memang la tak luas mana, sekangkang kera secoet je pun. So biasanya laki aku ni akan tanam pokok2 dia dalam pasu, bekas2 polistrin je pun. Alhamdulillah, subur elok pokok2 cili dia. Aku sebagai seorang yang tak berapa makan makanan pedas ni, jenuh jugak fikir nak masak apa sebab cili2 ni banyak sangat.












Meriah weh cili2 kat pokok ni. Jenuh jugak kami offer dekat jiran2. Tapi disebabkan aku jarang masak2, petik2 cili, cili ni dah pun merajuk. Huhuhu. Sekarang ni pokok2 cili ni dah mati, merajuk dengan aku kot sebab tak ambik tau hal semasa depa. Sekarang ni yang tinggal kat "kebun sekangkang kera" laki aku tu, ada la pokok pandan, pokok tin dengan pokok anggur. 


Pokok tin dah lama jugak tanam, masa tu laki aku memang minat sangat dengan pokok tin, sampai sanggup beli benih berapa puluh or berapa ratus ntah, aku pun dah lupa. Nanti aku tunjuk pokok anggur yang laki aku tanam dalam bekas air. Tapi buah anggur ni masam, tak sesedap anggur yang jual kat kedai.


Aiskrim Legend

 Assalamualaikum wbt.


Stress la mama, anak2 asyik mintak nak aiskrim.


“Mama, bila nak beli aiskrim. Nak aiskrim”.


So petang semalam, aku pun bawak la anak2 pi beli aiskrim dekat kedai runcit dalam taman aku ni jugak. Beli yang dalam cup tu, senang depa nak makan.


Happy sangat lah depa ni dah dapat makan aiskrim.


Sekali masa aku jenguk dalam peti ais tu, banyak gila aiskrim legend!!!


Rambang mata taktau nak pilih yang mana satu. Semua sedap-sedap. So aku pun ambik lah 1, of course favourite aku, aiskrim asam tu.





Aiskrim durian! Tapi aku tak minat sebab aku tak berapa suka durian. Feeling2 mat saleh gitu.




Ni favourite aku! Aiskrim asam boi.

Sapa sama taste dengan aku, sila angkat tangan! Hahaha





Coco bar nama diberi. Sedapnya coklat.





Coklat lagi! Double choc pulak tu.





Yang ni pun nampak sedap weh!

Semua aku suka. 






Eh ni sumpah sedap!




Aiskrim king kong pun hado. Hahahaha




Aiskrim ni cantik, colourful. Tapi taktau apa flavour dia. 




Wednesday, November 11, 2020

Homework during PKPB

Assalamualaikum wbt.

Ada tak kawan2 dalam ni yang stress bila tengok parents2 lain update pasal anak

depa dah buat homework yang cikgu bagi? Homework tu aku rasa baru

4,5 minit cikgu / ustazah bagi, cepat betoi anak depa siapkan keja sekolah. 

Hahahhaa...


Sepanjang PKP / PKPB ni aku memang kerja, sebab kilang aku tu produce essential goods. 

Jadi bila aku kat ofis, anak2 kat rumah pengasuh, aku honestly agak stress la tengok

mak2 pak2 yang lain dok update anak depa dah siapkan keja sekolah yang

cikgu bagi. Hahaha.. 


Benda ni bukan apa pun, tahun ni memang dah tak sekolah dah. Tahun 2021 baru masuk sekolah balik.

Risau anak2 terlepas pelajaran depa. Hati mak2 mana la tak risau kan.

Tapi apa2 pun takmau la paksa anak2 sampai depa pun ikut stress sekali.

Terima dengan hati terbuka apa saja keputusan yang depa dapat, sambil2 tu kita habaq la kat depa suruh usaha lagi. Depa ni banyak sangat main, tengok tv. Kadang2 tu letih bercakap suruh buat keja sekolah, suruh tengok buku sama. 


Apa2 pun, harap anak2 kita berjaya dunia akhirat. Insyaallah.


Cepat la habis covid 19 ni.. Aminnn..



Homework Akhlak Amna. Balik keja baru sempat nak tengok2.

Abaikan tulisan Amna yang "elok" sangat tu.

Menurun tulisan mama yang tak berapa nak elok.

Hahahahaha