ENTRI BALAS DENDAM

Alhamdulillah, kembali lagi gua dalam area pembloggian ni setelah melalui hari yang mencabar di sebabkan tekak gua yang agak manja dengan tuannya. Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan, adik kakak serta abang yang sudi berkongsi tips untuk memulihkan sakit tekak. Ada yang suruh minum ayak nyok, jadi petang kemarin gua singgah di bazar dan beli sebungkus ayaq nyok yang mantop berharga 3 hinggit. Sedap betui ayaq nyok tersebut. Terima kasih kepada abang penjual ayaq nyok tersebut kerana telah menjual ayaq nyok yang sedap dan delisyeess itu. Tak seperti abang yang jual air soya 2 hari lepas, langsung tak manis. Mengurangkan lagi manis di wajah seorang bakal pengantin je. Hampes. Tak pe bang, gua maafkan lu. Semoga lu ceria-ceria selalu hendaknya.

Ada jugak yang suruh gua minum ayaq asam jawa. Itu pun gua buat. Sangat masam, sampai tertutup dua bijik mata gua yang agak sepet ni setelah menghirup sikit-sikit ayaq asam jawa tersebut. Tapi alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tak putus-putus, akhirnya sakit tekak ni beransur pulih.

Tak lupa, ubat pemberian percuma oleh Klinik Pan Medic juga gua sumbat. Hebat sekali penangan ubat yang di berikan, terus gua tertido selepas solat maghrib. Samada penangan ubat atau pun memang gua yang betul-betul mengantok. Wallahualam.

Sumpah dari kecik sampai ke besar gua memang susah nak makan ubat. Tanya ar bapak gua, apa jadi kalau nak bagi gua makan ubat dulu, mesti ada tukang pegang kaki, mesti ada yang pegang tangan, dan mesti ada yang tolong suapkan ubat dalam mulut, secara paksa. Kalau demam, nak bagi makan panadol, tidaklah boleh makan macam tu saja. Panadol tu bapak gua kena lumat-lumatkan menjadi ketulan-ketulan kecil, campur dengan air, baru di sumbatkan masuk dalam mulut gua.

Tapi skill mak gua lagi hebat. Kalau tanda-tanda nak demam sudah ada, mak gua akan bagi gua minum milo panas. Entah apa magisnya milo yang mak gua buat, lepas minum dan tidur, gua pasti akan sihat walafiat. Terus boleh bangun dan main anak patung bersama rakan-rakan gua. Taktik ni hanya boleh diguna pakai kadang-kadang saja, kadang magis itu memang tak ada. Seingat gua, mak bapak gua memang jarang bawak gua ke klinik. Orang kampung macam gua, cukup sudah dengan makan panadol dan cortal (ubat demam kaler pink untuk kanak-kanak).

Gambar ubat yang gua dapat dari Klinik Pan Medic. Jadi gua pun nekad tak mau minum ais lagi sepanjang seminggu ni. Biar tekak gua ni beransur pulih.










Ni lagi satu entri balas dendam, henpon cap ayam gua dah ada earphone. Sebelum ni memang dah ada, tapi tangan gua ni kalau dah bercakap kat telefon, boleh pulak menggedik pegang gunting la, pisau la, bergantung apa yang ada depan mata waktu tu. Jadi satu hari, semasa tengah rilek sembang, gua secara TAK sengaja telah terpotong wayar earphone gua. Malang betui. Dah pi beli earphone baru, tapi cepat pulak rosak. Itu la, kalau pakai barang murah cap ayam, memang cepat je rosak.

Sekarang gua ada earphone baru. Mantop betui boleh dengar lagu masa tengah kerja. Gua letak earphone tu kat telinga kanan je. Risau kang boss panggil, gua tak dengar. Jadi, daripada telinga gua ni dok dengar amoi-amoi dan apek-apek ni bincang pasal annual dinner, baik gua dengar Asma ul Husna. Lagi mantop.


ps: si dia tak percaya gua sakit tekak sebab suara gua sentiasa kedengaran hepi dan manja di corong telefon. hakikatnya, sangat sakit. si dia mungkin tidak tahu, si gadis yang ingin dinikahi ini sangat kuat dan gagah. tak main la sakit sikit nak nangis. merengek sikit-sikit tu tak salah kan.keh3x.

15 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. salam..hang mmg gagah dan kuat...aku minta cadangan bg nama sebuah bangunan..tlg komen di entri aku dgn beri cadangan bole tak???

    ReplyDelete
  2. sahrom,

    laa..dah aku minum milo, mesti la aku kuat dan sihat. haha.

    nama bangunan? hmmmm... sat2, aku nak pikiaq dulu.

    ReplyDelete
  3. gadis yang nak dinikahi ekk..ayat baguih dok ada...ko pose lagi ke weh? dah sakit tekak ni..

    ReplyDelete
  4. shila ola kah? hehe.

    ayat tiru budak2 marketing lah yang canggih manggih tu.haha.

    aku posa lagi weh. syg pulak nak buka. tp rini macam ok sket. ;p

    ReplyDelete
  5. tekak je saket kannn?
    jari tak saket kannnnn?
    huhuu...

    ReplyDelete
  6. nak makan ubat pun mcm lembu nak kena sembelih?? keh keh keh..dahsyat sgt lu ni derrr

    lu da nak kawen ke? bagus-bagus :)

    ReplyDelete
  7. brutalsolo,

    pengat labu pun sodap jugak.. haha.


    kak tij,

    hehe. tekak je sakit. tapi rasanya macam dah ok dah. alhamdulillah.


    linglung,

    haha.i hate medicine!!

    yup, lagi berapa bulan ek? 3 bulan kot. haha.

    ReplyDelete
  8. moga cepat sembuh.. jangan ngelat makan ubat k~

    ReplyDelete
  9. kak nafira,

    alhamdulillah, dah beransur okey ni. ;p

    ReplyDelete
  10. seb baik da pg klinik....
    beruntung la lelaki yang bakal menikahi mu itu ...sbb 'bakalnya' seorang yang gagah ...hihihihihihihi

    ReplyDelete
  11. Mawar_berduri,

    kot2 la dapat MC, tengok2 doktor tak bagi.frust betui.haha.

    mana ada gagah, kuat nangis tau dak.haha.

    ReplyDelete
  12. gadis comel yang gagah :) caiyuk caiyuk :)

    maksu tak pernah minum air asam jawa, tak sanggup ai

    ReplyDelete
  13. mak su,

    haha.malunya panggil macam tu. ;p

    uihh...tp sedap jgk tau.hirup la sikit2, bukan teguk terus. kalo teguk terus,mau mati cacing dalam perot. haha.

    ReplyDelete
  14. yqji gipuk Porn Video rsrlyt z al k uxz

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post