• News

    02 November, 2010

    BILA DEMAM MELANDA

    Kemarin gua demam. Bila demam, ramai pulak buat andaian sesuka suki. Ada yang kata gua demam rindu. Ada yang kata gua demam takut nak menikah. Haraammm!! Gua jerit dalam hati kuat-kuat.



    Gua betul-betul demam, tak ada istilah demam rindu. Badan gua ni manja sangat, kena hujan sikit, terus demam. Depa ni bukan nak kesian kat gua, kot ye pun, datang la hantar tomyam ka, epal ka, sedap sikit tekak gua nih. Makan pun tak lalu ni woi.


    Lunch tadi gua cedok lauk sikit sangat, ada pulak yang perli 'takut baju kawin tak muat nak pakai'. Gua dengan slumber nak jerit, "aku demam lah setannn!!". Tapi takmau buat kelaku lagu tu, kalau mak@pak mertua tengok, soheh cancel pulak nak buat menantu. Har har har.


    Masa kat kampung, boleh la manja-manja dengan mak. Buat muka sakit, merengek kat mak. "Makkkk, pening.. urut kepala". Mak pun datang la dekat-dekat, picit kepala. Pastu sambung tido. Bangun-bangun, perot lak rasa lapaq. "Makkkk, lapaq.. Nak makan". Mak pun tanya, nak makan apa, slumber cakap kat mak nak makan nasik goreng padahal masa tu dah pukul 10.30 malam. Mak pun keletung keletang kat dapoq, bawak mai sebesen kecik nasik goreng. Ayah yang tak demam pun sengih-sengih, nak merasa jugak nasik goreng panas-panas.


    Siang tu pi pekan, terasa nak makan tembikai. Memang heaven betui makan tembikai musim hujan, dengan demam lagi. Memang nombor one lah tok aku kata. Tapi tak sangka betui, mahai nak mampuih tembikai tu. Bila timbang-timbang, harga sebijik tembikai tu dah rm12. Gila babang mahaiii. Selalu ayah aku beli 3 bijik seploh hinggit ja!! Tapi di sebabkan anak cacing dah meloncat-loncat nak makan gak tembikai, aku pun beli lah. Tu pun lepas brader tu tanya, "nak belah ka?", soalan macam faham ja muka aku ni muka tak berduit. Hahaha.


    Sampai je kat rumah, terus cakap kat mak, "makkk.. nak makan tembikai". Mak pun lenggang lenggang kangkung pi dapoq ambik pisau, bawak ke depan TV. Ayah yang pura-pura tidoq dan melanding di depan TV, terus bangun nak merasa tembikai yang merah dan manis itu. Makan, dan makan, dan makan lagi, sampai tiga beranak tertidoq depan TV. Hahaha. Itu tipu. Aku je yang tertidoq sebab lepas tu aku telan ubat. Fening fala.


    Selasa lepas Subuh, terus bertolak ke Penang. Hujan lebat, jalan jammed. Adusss... Malam ni nak manja-manja dengan sapa pulak ni. Nak mak! Nak mak! Nak mak! Ekekekekeke...



    Manja kan saya nih???? Hihihihi.

    27 comments:

    Tijah said...

    eleehhhhh. demam takot la tuuuuuuu....

    gadisBunga™ said...

    olololo.....bila demam mak jugak best. huu~

    sahromnasrudin said...

    nnti dh kawen, tiap hari hang nak demam..tak caye, tanye anis heheheh...

    sitinaminah02 said...

    kak tijah,
    jahattttt.. mencik! mencik!


    GB,
    best kan kalo demam2 ada mak. oh makkk...

    sitinaminah02 said...

    sahrom,
    hegeh2! hahaha.

    one2paii said...

    sory la bai..lu xleh nak manja ngan gua..haram..lu pi manja ngan suami lu ti..cnfirm bek demam..heheh..ishh..nak kawin da lu melahh..iskk iskk tangis gembira gua melah..

    sepet said...

    hang x baik demam lagi ka??? kesian la..haku ni jauhhh sangat. x buleh la nak manja2-an dengan haku. hang pi manja2-an dengan katil saja.

    :D

    p/s: makan ubat weiii..

    Kancilbiru said...

    melah, kak dah tanya pak sedara..tapi umah dia dah ada orang sewa. ada jugak mintak kat kawan2 adik kak yang dok sana suruh tgkkan. nanti kalau ada depa bagi. hang nak p bila? lagi satu, kalau ada masa, atau ada kawan, suruh la depa tgk satu apartment baru kat area teluk batik. situ banyak kosong...

    *sorry melah cari email hang tak jumpa, so taip kat sini..ekeke...

    Cik Tim said...

    kita baru pas mood demam.. haha

    Relevan said...

    Kalu hang tak demam bila hang kawen nanti..tentu laki hang yang kerap demam..wakaka!

    HaN WarreN said...

    manje cam haremmmmmmm......kalo nak manja p jadi kucing arsi senang skit nak manjekan hang lalalalala...

    sitinaminah02 said...

    one2paii,
    bila masa plak gua nak bermanja dgn lu??? cittt.. perasannnn!! uwekkkk..

    sitinaminah02 said...

    sepet,

    alololo. sepet, baeknya ang. kan best kalo ang dok dekat, boleh mintak ang tolong picit pala aku nih.

    sepettt... nak makan.
    sepettt... nak minum.

    hihi.

    sitinaminah02 said...

    kak KB,

    thanks. umah tu nama apartment bukit permata ek? dah tanya dah kat situ. sewa around rm400.

    sitinaminah02 said...

    black roses92,

    kita serupa,, ohh kita serupa,,

    sitinaminah02 said...

    relevan,

    apa lain macam benor je ayat abg syed ni??? ishhh...

    sitinaminah02 said...

    hantwo,

    ohhh.. i hate yu very strong. haha.

    Days said...

    weyh aku suspek kau demam xcited nak kawen bukan takot hehehe

    sitinaminah02 said...

    days,

    hahaha. cissskek ang ni!

    CeeKeen said...

    jgn lupe makan ubat k...

    Mat Sentap said...

    ceh...mne lu hambat gadis comel hah??? euw...melah nie siyes ke lg comel dr gadis comel tue??? tipu2..

    hahaha...study la nie...jap ag kul 2 ada exam....kte harus stdy sambil gembira..kahkah..

    || NaFiRaa || said...

    huhuhu.. kalo sis.. konfem demam sebab takut nak kawen..muahaha..

    hentakbelipat said...

    sah demam nak manje lu nih

    Pnut said...

    eeellllehh demam rindu dan demam takot tu....
    ngada la... matilah...kena keji sat gi...lariiiiii eeeewyyyyaaahh

    Pala Maldini said...

    confirmed!

    ini demam nak jadi pengantin.. eh, apa yang nko nak takut kan ? bukan nya tok kadi nak soal nko pun nanti... ?!!

    sitinaminah02 said...

    ceekeen: dah makan ubat dah. tenkiu. ;p


    aliesya: hahaha. gua sudah kick sama dia punya bontot!! haha. hebat kan gua. siyes, gua lagi comel dari beliau.. hihiih. dah la, lu jgn main2 blog, pergi study. gua tak apa, sudah pandai. kikiki.


    kak nafira: alalalala.. manjanya dia. orang tak takot pun nk kawen. hahahaha.


    hentakbelipat: hehe. tapi, nk manja2 dengan sapa, mak jauhh.. oh makkkk...


    kak pnut: jahat! mencik! dan mencik! tak mo kawan.


    pala maldini: eee...tolong sikit okeh. tak takot pun nak kawin. nak takut mende. hahahaha. betoi kan, bukan tok kadi nak tanya pape pn. hihihi.

    kata kila said...

    geteeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkk

    Total Pageviews

    My Followers