Emergency Leave Lagi

Assalamualaikum semua. Aku update ni masa tengah baring-baring dekat katil, terpaksa ambik emergency leave harini sebab Aimy demam tak baik-baik sejak jumaat haritu, batuk pun tak kurang-kurang.



Honestly, ni lah benda yang paling buat aku jadi demotivated nak kerja, sebab bila anak-anak tak sihat, aku pun terpaksa ambik cuti. Kalau ada mak or sedara terdekat dekat sini, boleh lah mintak tolong tengok-tengok kan.



Bila lah aku mampu resign, duduk rumah handle anak-anak. Tapi, takdak income pulak. Hutang dah la banyak keliling pinggang, hutang kereta nya, hutang rumah nya, nak bayar unifi, duit SSPN anak-anak, duit hibah, duit astro, duit netflix, duit food panda, duit grab food, duit ayam goreng seringgit, duit keropok lekor, ahhhh sudahnya tak boleh nak resign lagi, kena kerja lagi lah nampak gayanya.  



😂😂😂



Since Aimy dah berapa hari demam tapi tak baik-baik, jom lah check, takut-takut positif covid ka apa. Risau jugak aku. Tapi Alhamdulillah, negatif. Lega rasa hati aku ni. Kebetulan kawan aku dengan anak dia 2 kali dah positif covid, risau lah aku ni. Harap-harap dijauhkan lah.






Ni suhu badan Aimy semalam. Dengan batuk lagi. Kalau setakat batuk je, tak risau sangat. Ini dengan demamnya, batuk lagi. Bulan lepas dah kena HFMD. Kesian betul.






Rasa macam nak sambung tidur sekejap, pagi ni kebetulan hujan pulak. Wahai anak-anak, cepatlah sihat! Mama nak kena kerja, kalau tak kerja, kang tak berduit pulak mama hangpa ni! Hahahaha…



Cuti tahunan ada balance 8 hari je kot, rasanya tak sempat sampai hujung tahun ni. Nak jimat-jimat guna annual leave pun tak boleh, anak sakit punya hal, tak boleh buat apa. 



Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post