• News

    31 January, 2012

    ALAH BISA TEGAL BIASA.. HO YEAH!!!


    Aku teringat masa mula-mula kerja lepas beranak kat Emran haritu. Masuk kerja pukul 8, balik kerja 5.30. Rumah pengasuh Emran pulak dalam base TLDM, kadang2 nak masuk / keluar TLDM tu, kereta kena tahan kot-kot depa ingat aku nak bawak lari bom / peluru. Hahahaha. Just kidding. Kadang-kadang sampai rumah dah pukul 6, mandi dan solat asar, terus bertungkus lumus masak kat dapur. Masa makan pulak sebelum maghrib, jadi hangpa imagine la berapa jenis lauk aku mampu masak dan lauk apa aku jamu laki aku makan. Hihi.


    Masa tu punya la kelam kabut, dengan pagi nak hantar anak ke rumah pengasuh, lepas tu celapak pulak pi kerja. Mujur la tempat kerja ni masa dia sangat flexible, hang masuk kerja lambat, hang balik la lambat sikit. Takpun, hang ganti la bila-bila pun masa yang hang lambat tu. Sekarang ni 5.15 aku make sure aku dah on the way pi ambik Emran, sampai kat rumah, kalau laki aku ada, tak duty, dia akan tolong masak nasik dengan goreng ikan siap-siap. Kadang-kadang dia balik awal, aku seronok la sebab dia tolong masak semua dah. Aku makan ja. Seronok woo... Hahahaha..


    Kalau laki aku duty, aku tak masak nasik, aku makan megi je,tak pun makan roti ja dengan milo. Hahahaha. Aku malas nak masak. Masa awal-awal duduk dekat rumah sewa ni, kiri kanan depan rumah takdak orang, belum ada  penyewa lagi. Masa tu bukan takut dekat hantu sangat, tapi takut lebih kat orang. Banyak kes curi kat situ. Takut la kalau depa tau aku dok sorang-sorang, dengan jiran kiri kanan takdak, sekali depa mai "ziarah" aku. Masyaallah, harap-harap tak jadi la benda-benda camtu. 


    Awal pregnant kat Emran tu aku demam teruk sampai tak boleh bangun. Dengan lapaq, dengan tak larat, terkedang aku tidoq sambil teriak. Laki pulak takdak, kena duty. Sedih, masa tu la teringat dekat mak. Sedapnya ayaq milo mak bancuh tiap kali aku demam. Hahahaha.


    La ni lepas Emran dah 5 bulan, aku rasa jadual aku tiap-tiap hari makin selesa sikit. Dah tau macam mana nak manage tak bagi kelam kabut sangat. Kalau nak rilek sikit, aku siapkan beg sekolah Emran siap-siap malam tu, basuh baju lepas maghrib, sidai awal baju-baju yang dah basuh tu. Pinggan kalau tak sempat basuh, letak pi la bagi penuh dulu dalam sinki tu, nanti laki aku balik awal, dia tolong basuh. Hahahaha.



    Emran demam lepas kena cucuk 5 bulan, aku cari towel tak jumpa dah.
    Letak je la napkin dia yang kusam tu. Letak kool fever yang haram tak kool pun. Haha.






    Baru boleh meniarap.



    Sibuk nak angkat punggung pulak. Sampai tertonggeng-tonggeng.



    Dah give up plus letih. Kena baringkan dulu, satgi meniarap balik.



    Dah besaq-besaq pun kena pakai sarung tangan lagi. Kuku tajam sangat, garu muka sampai calaq.
    Dah tak ensem anak aiiii. *Gedik pulak mak dia*

    16 comments:

    Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

    alolo..tomeynye..moga sampai rezki maera satu hari nanti..,amin.. =)

    bujal X said...

    mana baju dia?

    || NaFiRaa || said...

    bape bulan dah Emran nih??? dah angkat punggung dah.. Delisha yang 8 bulan pon x merangkak lg.. baru belajar angkat2 punggung..

    Unknown said...

    huhu.kuku tajam eyk

    Hanis Azla said...

    baru2 mmglah kalut.. dah lama2 baru okey sikit kan.. Alhamdulillah..

    sitinaminah02 said...

    emran baru 5 bulan kak. baru je boleh menerap, tengok2 ni dok kalut angkat punggung plak. macam org dok pumping je. haha

    sahromnasrudin said...

    comelnya....

    Aida Azryn said...

    dah makin besar dah dia.. shumelll! ;)

    Days said...

    calaq muke baru vain weyh hehehe

    sitinaminah02 said...

    tengok la mak dia comel ka tak.. kehkehkeh..

    sitinaminah02 said...

    mak dia je yang tak besar2.. hihi

    sitinaminah02 said...

    muka calaq tak encem la aunty days.. wihihihi..

    sahromnasrudin said...

    masalahnya mak dia comel ke?? hihihhhhh

    miya said...

    hi GC,, baby kita sama umurlah.. skrg dah tiarap n merayap. dah 3 hari demam, coolfever mmg xcool pun. haha

    Cik Anita said...

    celapak tu apa??? tak pernah dengar pun.. si Emran yang comey lotey. Nnati dah besaq comfirm lagi tinggi dari mama dia. hee

    NER said...

    gmbaq 1st tu mcm kat eskimo

    Total Pageviews

    My Followers