• News

    04 November, 2010

    CERITA BERSUNAT

    "Melah, bawak sabun". Serius arahan ayah gua. Tak sempat nak tanya sabun mandi ka sabun basuh baju, terus lari pergi bilik air ambik sabun LUX wangian bunga ros. Wangi. Lepas mandi, bau-bau masam pada ketiak Insyaallah hilang dan berganti bunga ros.


    "Pegang sabun, ayah nak bagi mandi budak-budak bersunat". Ayah gua asyik bagi arahan je, macam askar pencen. "Baik bos". Kata gua pada ayah gua yang mungkin ketika itu gua baru berumur 4 tahun.


    Lepas tu, seorang demi seorang budak lelaki datang kat tempat mandi untuk di mandikan. Orang pertama, mesti lah abang gua. Sebagai hero keluarga dan wakil tuan rumah, harus lah beliau mandi dulu.


    Masa tu kampung gua, kalau nak bersunat, mesti buat secara besar-besaran. Rumah tok gua masa tu, ada dekat 20 orang budak lelaki datang bersunat. Pulak tu, rumah tok gua dulu peseng rumah lama yang ada dua lapis, ramai yang cakap tok mudim buang dot dot yang lebih tu kat luar tingkap. Tali di ikat dari atas ke kain pelikat, sebijik macam kelambu. Sebab nak kaver dari terkena tempat yang terluka.





    Gambar cilok dari gugel



    Ada yang cakap, tok mudim pakai batang pisang, letak dot dot kat atas batang pisang tu, lepas tu guna golok yang tajam, angkat golok tinggi-tinggi, dan deshummm... Hahaha. Alkisahnya, ramai kawan-kawan abang gua yang melarikan diri, tetapi berjaya di tangkap oleh ayah masing-masing.


    Gua masa tu senyum sinis pada budak-budak lelaki yang melarikan diri sambil berkata dalam hati, "huh! Tak jantan langsung. Nak sunat pun takut". Haha.


    Dekat seminggu jugak abang gua dengan kawan-kawan dia berkampung kat rumah tok gua. Makan minum semua di tanggung. Ibarat kenduri besar-besaran. Mak ayah, sedara mara kawan-kawan abang gua mesti siang malam datang rumah tok gua.


    Bila luka dah kering dan mendapat green light dari mak ayah masing-masing, baru lah budak-budak lelaki yang bersunat tadi boleh pakai seluar macam biasa dan abang gua terus ajak kawan-kawan dia pergi main bola.


    Alkisahnya baru-baru ni gua ternampak kawan abang gua. Hensem, macam Orlando Bloom. Tak sangka pulak ada klon Orlando Bloom kat kampung gua. Tapi bila ingat balik yang gua pernah tengok ayah gua mandikan dia masa dia bersunat dulu, terus gua senyum.


    Jangan fikir yang bukan-bukan, masa tu gua pejam mata. Ayah gua cakap, "Pegang sabun ni, lepas tu pejam mata rapat-rapat". Gua cakap kat ayah gua, "Baik bos". Berpinau jugak kepala gua pejam mata lama-lama. Bayangkan dekat 20 orang budak ayah gua mandikan masa tu.


    Tapi ada masa jugak gua curi-curi buka mata. Kihkihkih. I'm sorry ayah.
















    

    20 comments:

    kucingorengemok said...

    ada comel macam sally boy tak? (re: anak bapak)

    Kancilbiru said...

    oo notti hang ni ya...

    Pala Maldini said...

    inilah pengalaman ngeri anak lelaki..

    pompuan mana tau, depa sunat masa baby...

    Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

    hahaha~ kantoi skodeng bdk2 sunat.. ;)
    pergh..kalau la sy ade skali..hahaha~

    Mak Su said...

    bolehlah jadik tok mudin lepas ni ;)

    HaN WarreN said...

    hang nak cakap nampak 20 ekor burung ke??? awat x habaq awal2 kat aku....gatai hang no...xmalu ek thk burung org....hahahahahhahah p la tgk burung sendiri..

    Relevan said...

    Rasa nak bersunat sekali lagi ni..

    sahromnasrudin said...

    hang boleh tahan nor..sib bek time tue takde enset kamera..kalau tak, mesti hang leh upload kat tiubawak kan hahhha

    sepet said...

    mata hang x nek ketumbit ka?? nasib baik x buta.



    hahahha ..

    aNiS tHe BumbleBee said...

    heeee! boleh bengong 44 hari wooo tgk org punya..hahahaaha!

    kata kila said...

    gila!!!adik aku sunat, usik dia pun aku tak mo

    Anonymous said...

    excellent points and the details are more precise than elsewhere, thanks.

    - Mark

    one2paii said...

    mmg gatal lu nie melah..rezeki lu la tuh melah..gua sendri pun x boleh dapat peluang tgok camtuh..hanya lu jerk dapat erk melah..melah melah

    Days said...

    cilake pesal time zmn gua kecik2 xde pengalaman mcm nih.kalo tak dh gua xpejam mate.gua pakai spek itam terus.hehehe

    || NaFiRaa || said...

    muahahahahaha.. mana aci curik2 bukak mata!! itu sudah di kira skodeng tuh!!

    nasib baik lah orang pompuan di sunatkan siap2 waktu kecik.. kalo x~ akak rasa kita pon pakat2 marathon jugak time nak kena sunat..muehehehe

    Fnd Rocka said...

    Fuyo..mata kau dah tak suci

    Anonymous said...

    erkkk...teringat ak zaman kecik2.. zzz

    sitinaminah02 said...

    kog - sally boy tak kenai? auntie sally kenai lah. :p

    kak KB - noti sket ja. tu pun kecik2 dulu ja. hihi.

    pala maldini - haha. pengalaman ngeri?? glurppp. haha.

    khumaera - haha. tak baek tauuu...

    mak su - uwekk.. tak mau! tak mau! haha..

    hantwo - ada ker aku cakap aku tengok 20 ekor burung? haha. takdak pun!

    relevan - ishhhh.. tak senonoh aihhh..

    sahrom - haha. mata aku masih suci tauuuu...

    sepet - tak ketumbit tu tandanya tak tengok lah kan.. haha.

    kak anis - ohhh..patut lah bengong sat masa tu. ekekeke.

    kila - haha. konon lah tu

    one2paii - setan jugak lu nih!

    days - kenapa lu tak folo gua masa tu?? hahaha.

    kak nafira - hahaha. jom lariksss... haha. gamaknya gitu la kita menjerit.. ekeke.

    fndrocka - haha. masih suci okeh.. haha.

    kamil - kenapa? marathon jugak ek? haha

    wandisini said...

    bagus tul budak ni
    dengar cakap ayah, pejam mata kuat-kuat.heh.. agaknya kalau tak pejam boleh jadi mimpi ngeri kot

    RIZZNA said...

    Alhamdulillah, hero2 saya baru saja berkhatan semalam. Walaupun mereka masih kecil, tapi semangat dan keberanian mereka mengatasi segalanya. Semoga waktu berpantang mereka berjalan dgn baik

    http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/11/3-heroes-sudah-berkhatan.html

    Total Pageviews

    My Followers