• News

    25 September, 2022

    15 Terkaya di Malaysia

    Tengah belek-belek Facebook, ternampak satu page ni share senarai 15 terkaya di Malaysia. Wallahualam betul ke tak senarai ni, but let’s take a look nama-nama dan jenis perniagaan depa. Mana lah tau kot-kot lepas ni nama aku pulak tersenarai dalam list antara yang terkaya dekat kampung aku. Tibeee πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




    Ok, menurut page Informasi Malaysia Kini, di tempat pertama senarai 15 terkaya di Malaysia adalah Robert Kuok, antara bisnes yang dijalankan adalah Shangri-La Hotels and Resorts dan jugak Kerry Logistics. Eh, macam familiar je nama Kerry Logistics ni, almaklumlah kita kerja shipping, rasanya pernah lah dengar nama Kerry Logistics ni kan.


    Next, Quek Leng Chan, bisnes dijalankan Hong Leong Bank. Sorry, no extra information pasal Mr Quek Leng Chan, sis kurang membaca. Huhuhu. Biasanya yang involve dalam banking industry ni memang kaya-kaya. Hahaha..


    Seterusnya ditempat ke 3, adalah Koon Poh Keong & Siblings, dengan net worth bernilai 6.2 billion (ringgit ke usd  aku tak sure) dalam industry Press Metal. Hebatnya Mr Koon dan adik beradik beliau. Chinese Ok je kerja dengan adik beradik kan. Takde dengki-dengki. 


    Ok next di tempat ke 4, Teh Hong Piow dari Public Bank. Haaa kan aku dah cakap, orang yang dari banking industry ni memang kaya-kaya. 


    Seterusnya di tempat ke 5 adalah Ananda Krishnan, iaitu pemilik Maxis dengan net worth 5 billion. Hai Mr Ananda Krishnan, saya guna hotlink dah lama. Ada loyalty gift tak? Hahahaha..


    Ditempat ke 6 adalah Lee Yeow Chor & Yeow Seng dengan net worth 4.8 billion, pemilik IOI Group. Ohhh.. kalau balik Kedah lalu dekat area Penang tu, nampak lah kilang IOI Group, besar namateyyy. Ooo patutlah kaya πŸ‘πŸΌ


    Tempat ke 7 adalah Chen Lip Keong, dari Nagaworld. Fuhh.. dengar nama Naga pun dah rasa hebat, tapi aku tak sure la apa business background company Nagaworld ni. Apa-apa pun tahniah Mr Chen πŸ˜‚πŸ˜‚


    Seterusnya kita pergi ke tempat ke 8, iaitu Tan Yu Yeh & Yu Wei dari Mr DIY, dengan trademark mereka, Always Low Prices. Wahhh.. bukan biasa-biasa, dekat Manjung ni saja, berapa banyak dah cawangan Mr. DIY ni, urmm no wonder lah kaya. Nak tanya, bila nak buka MR DIY dekat Jeniang Kedah ye? Hahaha.. 


    Ditempat ke 9 dari Genting Berhad, Mr Lim Kok Thay. Teringin nak pergi Genting Highlands, tunggu lah ada duit nanti. Ok, komen takde kena mengena. Tahniah Mr Lim Kok Thay ❤️


    Tempat ke 10 adalah Lau Cho Kun, dari company Hap Seng. Terpaksa aku cari info sikit pasal Hap Seng ni sebab ramai kata ni company biskut Hup Seng yang selalu kita cicah dengan milo tu, padahal Hap Seng ni involve dalam industry hartanah dan kelapa sawit oii. Bukan biskut 4 segi tu! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


    Penat jugak ye nak tulis post kali ni! Hahaha..


    Ok, next di tempat ke 11 adalah Kuan Kam Hon & family dari Hartalega. Waaaahhh.. Hartalega ni one of the big manufacturer yang produce glove. Tahniah Hartalega. 


    Ditempat ke 12 adalah Lee Oi Hian & Hau Hian dari Batu Kawan Berhad. Ohh aku syak depa ni dari Penang lah kot, sebab Batu Kawan kan dekat Penang, tapi bila nak pi Ikea Batu Kawan pun taktau lah, dah buka lama dah. Aku je yang tak sampai-sampai lagi. πŸ˜‚


    Ok, next ditempat ke 13 adalah G. Gnanalingam dari Westport. Westport ni hub penting ye untuk urusan export dan import, keluar masuk container dan kapal-kapal pengangkut yang datang / keluar ke seluruh pelosok dunia. Betul ke komen aku ni? Kalau salah, harap diampun πŸ˜‚πŸ˜‚


    Ditempat ke 14 adalah Lim Wee Chai dari Top Glove. Wahh.. kalau tadi dari Hartalega, sekarang Top Glove pulak. Dua-dua syarikat ni adalah kuasa besar dalam industry pembuatan sarung tangan di Malaysia. 


    Tempat ke 15 dalam senarai orang terkaya di Malaysia, adalah Syed Mokhtar Al Bukhary dari AlBukhary International University. Ehh taktau pulak ada AlBukhary International University, apa-apa pun Alhamdulillah ada jugak muslim dikalangan 15 yang terkaya di Malaysia ni. 


    Tahniah buat semua. 





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers