• News

    22 March, 2022

    Sedapnya Ayam Goreng Muiz


    Aku sebenarnya dah lama teringin nak rasa Ayam Goreng Muiz ni, tapi bila lalu depan gerai Ayam Goreng Muiz ni, haihhh malas pulak nak singgah. Sedap ke eh? Sebab selalu tengok berbaris je beli. Perasan jugak ayam goreng dia yang dok berbaris tu.. Ishhh.. terliur ni.



    Akhirnya, aku pun berhenti beli jugak Ayam Goreng Muiz ni. Disebabkan aku dan anak-anak tak berapa makan ayam goreng pedas, jadi aku beli ayam yang goreng yang biasa je. Tak tambah sos korea atau sos cheese pun, sebab sengaja nak compare rasa Ayam Goreng Muiz ni dengan ayam goreng KFC.



    By the way, Ayam Goreng Muiz ni seketul RM4, disebabkan aku dengan 4 orang anak, maka beli lah 5 ketul. Cukup lah tu setakat nak rasa-rasa. Hahahaha. Almaklum lah, gaji lambat lagi. Makan seorang seketul cukup lah. Bersyukur. 



    Rasa Ayam Goreng Muiz ni not bad lah, boleh beat ayam goreng KFC, dia punya ayam pun besar-besar. Ayam 5 ketul depa masukkan dalam kotak yang agak nice bagi aku, bagus jugak lah siap datang dengan kotak bagai, bukan isi dalam paperbag biasa tu.



    All the best buat Ayam Goreng Muiz, semoga business anda maju jaya. Mana tahu satu hari nanti, brand Ayam Goreng Muiz ni mampu berdiri sama gah dengan jenama ayam goreng yang lain, dan mampu ada banyak cawangan di seluruh negara. Aku tumpang bangga! 






    Ketulan ayam goreng yang besar dan menggoda iman. Hahahaha..





    Makan sorang seketul ye, jangan berebut. Mama hang tak gaji lagi ni… hahahahaaha…






    Macam biasa, ayam goreng wajib cicah dengan sos. Habis pulak sos thai Kimball dekat rumah ni. Dah cari sos thai Kimball ni dekat Speedmart, tak nampak pun dekat rak.. huhuhu.. 






    Ni haaa kotak Ayam Goreng Muiz. One day, aku pulak nak buat ayam goreng jenama aku sendiri. Hahaha.. tapi takmau lah ayam goreng, Doc Imelda suruh makan healthy food. Aku nak jual buah lah.. hahahaha…




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers