• News

    28 December, 2019

    Kaki Tebas

    Cuti public holiday haritu sempena cuti krismas ( erk...skemanya ayat), kami balik kampung Ipoh, sebab Amna dah kecoh suruh pi ambik Emran. Emran stay kat kampung sejak awal cuti sekolah haritu.



    Kami dok temberang Amna, abang nak duduk kat kampung terus dengan Atok, Atok nak jaga abang, Atok nak hantaq abang pi sekolah. Dia risau, nanti macam mana nak pi sekolah baru, nak naik van sekolah sorang-sorang. Hahahaha..



    Masa kami sampai kat kampung, adik laki aku tengah belajar tebas rumput aka mesin rumput. Dia baru dapat keja, dan keja baru tu required dia untuk pandai mesin-mesin rumput ni. Since laki aku ada la sikit kemahiran mesin-mesin rumput ni, so dia pun ajaq la adik dia. 





    Laki aku tengah tunjuk skill memesin rumput.. untung tuan tanah ni, depa dok asah skill kat tanah orang ni.. 




    Ada style! 



    All the best Iwan!



    Haa.. mesin rumput elok-elok.



    Lepas ni, boleh la ambik upah mesin rumput. Hahahaha..



    Aku dengan mak mertua tengah skodeng dari tingkap dapur



    Emran sedih sebab terpaksa tinggalkan Atok dengan Opah. 



    Terima kasih mak ayah, sebab tolong jagakan Emran beberapa minggu ni. Insyaallah, cuti sekolah nanti, Emran balik lagi. Hehehehe.. Boleh Atok bawak Emran solat jemaah kat surau, Atok ajaq Emran hafal surah. 




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers