Seawal pukul 5 aku bangun dan siapkan beg baju emran, pastikan semuanya cukup. Kalau emran tak meragam, boleh lah mandi dan solat dengan tenang. Nak berak pun tak kelam kabut. Bersiap ala kadar, sapu lip balm jenama Nivea bagi mengelakkan bibir kering, senyum 2,3,4 kali depan cermin, rasa cukup cun dah, maka siap!
Pukul 7 aku dah siap2 keluar dari rumah nak hantar emran ke rumah pengasuh. Perjalanan ke rumah pengasuh kadang2 agak mencabar dengan keadaan trafik yang tak boleh di duga, kadang2 lancar, kadang2 tak berapa nak lancar, iaitu tersekat2. Lepas hantar emran, terus gerak ke opis. Buat kerja pum pam pum pam, sampai pukul 5 lebih, terus cabut pi ambik emran kat rumah pengasuh.
Memandangkan lif haramjadah kat blok rumah aku tu haram tak elok2 lagi, rasa mencabar betul mendaki tangga2 ke puncak rumah 5 tingkat tu sambil mendukung emran yang gamaknya sudah lebih 5kg beratnya. Penat tak payah nak cakap, tercungap2. Mujur emran cool, buat emran meraung kat tangga tu, mau aku kena cepatkan speed memanjat tangga dengan kuasa otromen yang makin berkurangan.
Sampai kat rumah, letak emran kat tilam beliau, terus aku pun terlentang sekali. Rasa cecair kat hidung pun macam nak meleleh sekali. Ayah emran masa tu dah ada kat rumah, dah siap masak nasik dan goreng ikan. Terima kasih yang tak terhingga sebab dah ambik alih tugas memasak, dan kadang2 mencuci pinggan dan mangkuk.
Lepas maghrib biasanya kami 3 beranak dah terlentang tido. Penat sangat. Pukul 12 selalu emran akan terjaga balik, masa tu jugak la baru nak terhegeh2 basuh baju2 anak, baju2 mak, baju2 laki. Pukul 1 kadang2 tu baru nak lipat baju. Lipat baju pukul 1 pagi lebih kat depan tv, boleh la layan cerita2 indon kat tv3. Ada jugak drama
Jadi, menjadi seorang ibu ni sebenarnya tugas yang tak mudah. Jangan la lepaskan tugas menjaga anak kita kat mak kita kat kampung. Mungkin kita boleh bagi mak kita upah sebab mengasuh anak kita, dan kita boleh bersenang lenang tidur sedangkan mak kita terpaksa berjaga pagi menjaga anak kita yang suka meragam. Seeloknya, kita kurangkan beban mak kita yang dah tua tu, bagi dia rehat2, bukan mintak dia jaga anak kita.
Sekian sahaja tips membesarkan anak daripada GC. Untuk tips2 yang akan datang, GC akan kongsi lagi. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.
Lawa dak muka emran kalau teriak??? Kombang lobang hidongggg.. Haha..
Pengasuh pulak tiap2 hari sms, kabo pasal emran meragam. Nak kerja pun hati tarak senang woo..
Berhenti kerja kannggggg... Glurrrppp!! Tak sanggup. Haha..
10 comments:
jadi jadi lah nak susahkan mak yg dah makin kurang kudrat tu..
dulu dah lah dia jaga kita, entah gaya mana ragam kita dia ja tahu
sekarang tak kan nak bagi jaga cucu pulak ye dak?
eyyyy....berak kot????
zahra panggil suma org mak ja. Aku and Enah pun mak dia. Sungguh tak patot budak tue
keh..keh..keh...
gua paham perasaan lu...
gua sokong yg bab lif haram jadah tu...
mmg spoil pagi gua ngn budak2 kalo lif haram tu buat hal..
keh..keh..keh.....
comel la anak akk.. hehe.. sambil naik tangga lah kita boleh kurang kan segala yang tak patut dalam badan.. hehe
miahahaha..memanglah kembang kempis hidong emran..sebab mak dia puji dia kacak! :)
hehehe.. itu jugak lah pengorbanan mak kita dulu2 kan~ moga kita pon kuat semangat mcm mak kita..amin~
Susah jugak nak cakap.... bagus nenek yg jaga juga... macam2 hal sekarang ni happen kat taska.... kita pergi kerja sapa nak jaga...
besar pengorbanan seorasng ibu .. kena pandai bahagikan waktu .. insyaallahh akan settle dan dipermudahkan :)
hehe...tu nangis ke nak gelak tu...
Post a Comment