QUICK UPDATE: Deodoran dan Vietnamese Roll di Kedai Vendor RM2

Post harini berkenaan 2 benda, kiranya 2 in 1. Bukan minuman segera je yang ada 2 in 1 atau 3 in 1 ni, tapi posting aku pun sama. Sebab nak jimat masa dan ceritanya pun tak panjang mana. Long story short, ok sila teruskan membaca ye.


Cerita pertama berkenaan deodoran. Pagi tadi lepas iron tudung, bersiap pakai baju uniform nak pergi kerja, aku pun macam biasalah, letak lip gloss sikit, letak perfume sikit. Tak letak lip gloss kang, muka pucat sangat macam hantu. Almaklum lah dah masuk peringkat umur veteran ni, kalau tak letak sikit warna merah dekat muka ni, haihhh memang seram je tengok.


Ok, dah letak lip gloss, letak perfume, aku pun terus salam dengan laki aku. Dia pun tegur, amboii wangi aih. Kebetulan aku baru beli perfume copy ori, hahahaha.. nak beli yang original maaf la belum berkemampuan. Sedap jugak bau bombshell tu. Dan, aku pun terus keluar menuju ke kereta dan terus ke tempat kerja.


Dalam perjalanan aku teringat sesuatu, yang aku macam tak pakai deodoran sebelum keluar dari rumah tadi. Memandangkan kita sejenis tak ada keyakinan yang tinggi dan risau bau keti-ak kita mampu membuatkan kawan-kawan sekerja pengsan, better lah kita berhenti mana-mana kedai dan beli deodoran.


Nasib baik jugak lah, on the way nak ke tempat kerja ada stesen minyak Caltex yang dalamnya ada jual macam-macam barang, tak hanya jual roti dan air macam stesen-stesen minyak yang kecik dekat tempat aku belah-belah Kedah sana tu. So aku pun singgah lah Caltex dulu cari deodoran. Pilih punya pilih, aku pun ambik lah yang murah sikit jenama Shurah kalau tak salah aku dan terus bayar. 


Walaupun dah golek-golek deodoran Shurah tu dekat ketiak aku, aku sebenarnya masih risau yang ketiak aku tak mampu sesuaikan diri dengan deodoran Shurah tu, maka masih menghasilkan bau yang kurang enak sebab all this while, aku guna deodoran Amway. Dah lama guna Amway, itu yang risau kalau-kalau ketiak aku tak mampu sesuaikan diri dengan sebaiknya bersama deodoran Shurah tu.


Luckily walaupun lunch tu aku keluar beli makanan tengah-tengah, dengan berpeluhnya, aku dapat merasakan yang ketiak aku ada mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Alhamdulillah. 



Inilah deodoran Shurah yang berjaya menyelamatkan hari saya yang muram. Sumpah risau weh kalau badan kita ni memang jenis yang berbau. Yang tahu je lah tahu apa yang aku cuba sampaikan ni.


Ok, habis cerita bab deodoran. Nak cerita pulak pasal vietnamese roll yang aku dengan officemate aku selalu beli. Vietnamese roll ni ada 2 pcs dijual bersama sos pencicah dia, tapi you know what, harga vietnamese roll ni RM2 je. Eh, ada untung ke jual vietnamese roll ni 2 pcs dengan sos RM2 je? Tak faham aku. Kalau meniaga, kita mesti nak untung kan. Tapi kalau jual murah-murah sangat ni, akak ada dapat untung tak? Hahahhaa…


Kita pulak yang risau ye akak tak de untung 😂


So basically, bila sampai lunch hour kami akan pergi ke vendor RM2 dekat depan PTK Lekir, borong barang-barang dekat vendor RM2 tu. Macam-macam ada kat situ, from vietnamese roll, ke lasagna, ke aiskrim, ke nasi putih bersama ayam berempah, ke laksa, ke bihun sup, ke kuih-kuih. Pendek kata, macam-macam ada, dan yang penting, sedap pulak tu!


Semoga murah rezeki kepada semua seller-seller yang masak dengan sedap tapi jual dengan harga murah ni. Semoga tahun depan semua seller-seller ni  boleh pergi Haji. Hahahaaha.. 




Inilah vietnamese roll yang wajib aku beli. Aku tak pasti lah kalau harga bahan-bahan ni murah, tapi aku memang wajib akan beli vietnamese roll tiap kali pergi kedai vendor RM2.



Terasa nak makan nasi, so aku beli nasi goreng pattaya. Licin aku makan. Hahahaha..





Ada cucur udang dan kuah kacang, tapi banyak taugeh. Dan aku pulak memang tak boleh ngam dengan taugeh, so makan 1 pieces je. Balance tu aku bagi dekat orang lain. 



Ada kek batik jugak, walaupun coklat tu sikit tapi untuk harga RM2 aku approve. Habis licin jugak aku makan.



Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post