Kolot ka kalau tak kenai Erykah Badu ni?? Tak kot. Sebabnya Erykah Badu pun tak kenai aku. Hahaha. Tapi, ramai yang kecoh sebab apa nak banned konsert Erykah Badu ni, sebabnya (kata depa laa), Erykah Badu ni penyanyi berbakat. Sedap kot suara dia. Pagi ni sampai ofis terus aku buka youtube, semata2 nak dengaq lagu Erykah Badu. Hmmmm.. Pendapat aku yang hanya belajaq muzik kat sekolah rendah setakat bermain rekoder, aku rasa Adele lagi best kot. Ok lagi Justin Bibiaq. Ada jugak yang kata, Erykah Badu ni bukan takat letak tatu simbol Allah kat badan dia, simbol agama lain pun ada. Betoi ka macam tu?
Betoi ka tak betoi, aku orang kampung yang hulu ni, manusia kolot yang tak kenai sapa Erykah Badu ni, saja la nak habaq, daripada kita pi konsert Erykah Badu, baik layan youtube ceramah Ustaz Kazim Elias, dak pun Ustaz Azhar Idrus, dak pun, ustaz macho, Ustaz Don. Sekupang pun tak kena duit. Duit kena bayaq internet ja. Nak jimat, donlod la, esok2 boleh tengok 2,3 kali.
Eh, aku bukan bajet aku alim, bukan. Tapi aku rasa, ramai lagi aihhh penyanyi best yang ada kat holiwut tu, Adele ada, Bruno Mars ada, sapa lagi ntah. Tak berapa nak ingat nama. Bab seksi tu kita tak payah sembang la kan, artis Malaysia pun melambak hat seksi. Tu ikut suka depa la nak seksi, tapi kalau dah buat tatu simbol Allah kat badan tu, rasa macam tak berapa wajar la hangpa beria2 nak histeria sebab konsert dia kena banned. Tak payah bajet open minded sangat la kan, nanti ada konsert Britney Spears kat Lumut, kita pi ramai2 noh.
![]() |
Britney dulu sangat sweet okeh, sekarang tak berapa sweet dah, sour jaa.. hohoho.. |
* aku minat britney spears, banyak lagu dia dalam henpon. masa remaja2 dulu, adik aku beli cd karoke britney dengan westlife. so, memang layan.
18 comments:
aku tak kenai jugak...
xfamous langsung.....memang patut batal
ko pun kampung cam aku gak kak tas.. haha
patut batal bukan sebab tak femes, tp sebab buat tatu tu.. abg, ko pun kampung cam aku gak..
* nampaknya ramai geng kampung nih. haha
kinda publisiti gak nih..huhuu
erykah badu, jangan wat camtu lagik yek,
dengar cakap cikgu....
....betuah kalo dia dengo cakap aku!
(moga di beri taufik dan haidayah serta innayah dari Allah, insyaAllah)
britney masa dia muda2 dulu, mmg cute..suka tgk dia..bila dah kertu ni, bosan lah..
saya dah lama dgr muzik erykah badu..
seyess akak x kenal pompuan nie
sape erkk
baguslah kalau melanggar syarak2 islam kan ;)
Erykah badu...bru knal pg td...psl ramai sembang kt fb...huhuhuhuhu....britney mmng pujaan time tgh popular ngn lgu sometimes...huhuhuhu.....
aida pun xkenai dia. hahahaha
aku pun tak kenai sapa nama bebadu tu! padan muka dia konsert batai!
*
aku rasa kita ni mcm sezaman ja walaupun hang lagi muda dari aku. aku pun dulu dengaq britney dgn westlife jugak!
akak cuma pernah dgr nama tu.. tp ebelum ni ingatkan artis bollywood.. he..he.. lagi kolot kan.. sedih sangat tentang tatu tu..
hang pun sama gak kampung cam aku (aku consider sapa tak kenai bebadu tu, suma kampung).hahaha.
muda lah sangat, beza brp bulan ja kot. hahaha.
hahaha. aku pun tak kenai.
kira ok gak kak hanis penah dgr, sy ni no idea lgsg, sapa erykah badu ni. haha
elok sangatlah tu...tp minah ni mengaku dia islam...!macam haremmm...!sori terkasar bahasa plak...;P
jomla kita pok amai amai sebabaku pun tak kenal si erykah tu sampai keluar berita konsertnya dibatalkan pasal tattoo nama Allah tu. Bagus juga.
daku pun langsng tak kenal Eryka Baduh ni! Ingtkan daku sorang je yg ketinggalan zaman, ada gak geng rupanya. haha.
tak luak apa pun batal eh.~
Post a Comment