LAKSA KEDAH DAN BIHUN SUP UNTUK OPEN HOUSE

Sebenarnya, ni bukan open house sangat, lebih kepada nak ajak kawan-kawan mai rumah. Cadangnya dengan ayah emran awal tu nak buat hari ahad, tapi memandangkan ayah emran ada larian apa benda entah dekat tempat kerja dia, so terpaksa di awalkan, buat hari sabtu.




So, hari jumaat tu kami bertiga termasuk co-pilot kecik si emran, pi beli barang-barang nak masak kat pasar malam Teluk Muroh. Dan macam biasa jugak, ayah emran kena dukung emran lah, sebab emran sangat berat, walaupun berat tak sampai 10kg pun, tapi aku serius tak larat nak dukung lama-lama.




Beli daun sup, daun bawang, halia, tulang sikit, daging sikit, daun kesum, bla bla bla, yang takdak malam tu cuma bunga kantan dengan ikan sardin / ikan selayang, bahan utama nak buat laksa kedah. Ikan sardin tu ada, tapi harga kemain mahal, sekilo sampai 9 ringgit. Grrr.. mahal. Pagi sabtu ayah emran kena pi cari ikan sardin dengan bunga kantan kat pasar. But still harga sangat mahal. Bunga kantan pun mahal, 2 batang dah 3 ringgit. Cekik darah.




Lepas subuh aku dah keletung keletang kat dapoq sorang-sorang, rebus tulang dengan daging dulu. Lepas tu nampak macam dah kembang sikit, baru tumis halia dengan barang-barang rempah, dan tuang dalam kuah sup. Kuah laksa siap kemudian. Masak sorang-sorang memang la tersangat letih. Emran teriak sebab mak dia langsung tak layan dia hari tu. Hahaha.




Kawan-kawan aku ramai yang tak leh mai, sorang kena outstation, sorang lagi laki dia kena duty. Almaklum la, navy kan kena duty weekend. Mujuq ayah emran tak kena duty minggu ni. Sampai pukui 9.30 malam baru la tetamu balik. Walaupun sangat-sangat penat, tapi kami happy sebab dapat jamu orang makan, lagipun tetamu mai rumah tu kan bawak rezeki.




Tak sampai 5 bulan dok rumah baru, dah 2x kenduri / makan-makan kami buat. Alhamdulillah. Seronok tengok orang mai rumah, tengok budak-budak makan tu yang seronok, siap hirup kuah sampai abeh, konfem aku masak sedap. Hahaha. Ter bangga diri plak. Balance sup daging tu aku dengan ayah emran setelkan. Bayangkan isi-isi daging tu jadi lembut, memang sangat mabelesss lah. Dua hari asek mengkedarah laksa dengan bihun, no nasik at all. Hahaha.




* pinggan mangkuk semua dah setel basuh, periuk ja belom sental lagi. errrkkk.. malasssss *
* takdak gambaq langsung sebab terlampau letih, tak ingat langsung nak amek gambaq *



9 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. alien:

    of kos sedap, tengok la sapa yg buat. hahaha

    ReplyDelete
  2. la.. buat open house awat tak canang satu manjung, confirm ramai mai tau!!

    ReplyDelete
  3. macam mana agaknya rasa laksa kedah ye .. akk nie biasa makan laksa pineng , johor dan pahang aje ;)

    ReplyDelete
  4. kak ieda:

    laksa kedah takdak letak lengkuas, daun pudina tu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. aik, beli barang kat Teluk Muroh ingatkan murah murah barang nya! ahahaha..

    tak pernah jumpa & rasa laksa kedah..:)

    ReplyDelete
  6. baru nak intai ruper laksa kedah.. skali tak de gambar plak..:P

    ReplyDelete
  7. DZ:

    Teluk Muroh, bukan Teluk Murah. haha.


    Kak Nafira:

    nanti sy tempek rupa laksa kedah kat dalam ni.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post