• News

    22 September, 2010

    RUMAH HANTU

    Perasan tak blog gua ada bunga-bunga kat luar kotak hijau? Tak perasan?? Hishh.. Ngaku je lah mata lu orang agak juling. Haha. Gua saja nak menampakkan blog gua agak-agak gadis sikit, ni tak, warna hijau dan kuning je. Gua risau jugak kalau blogger lain cakap gua ni fanatik sangat dengan negeri kelahiran gua. hehe.


    Tapi, gua rasa, memang gua kena remove jugak menatang bunga-bunga tu. Sebabnya, blog gua terus jadi slow bila nak buka. Berat, macam anak gajah! Gua kan pakai PC kompeni, dan kalo nak buka blog, agak slow macam siput babi lah jugak. Siput babi tu bukan mencarut okeh, gua mana suka mencarut. Siput babi adalah seekor binatang yang bukan tergolong dalam kategori najis mughallazoh, kan??


    Lepas tu gua nak kabo, kalo blog yang pesen ada banyak widgets, video bagai, sangat slow okeh kalo gua nak masuk dan baca entri lu orang. Kesian kan kat gua. Jadi, bukan gua sombong. Sebab benda ni beyond my control. Hehe. Macam mana lu orang tengok blog gua yang takde apa-apa widget yang bombastik de amor, sebab kalau gua letak, sumpah slow gila babi. Ahhh.. Babi pulak dapat nama.


    Gua pun taktau apa motif gua letak tajuk rumah berhantu. Haha. Saja suka. Suka suki, janji gua hepi. Haha. Ohh dan lagi gua nak kabo, gua dah remove entri pasal jemputan kahwin tu. Nanti-nanti gua buat special entri lagi untuk ajak mai makan nasik minyak okeh. Yang gua pasti, gulai batang pisang memang takde. Sebab bapak gua ingat, dia nak beli lembu seekor dan buat sup daging, cicah dengan ayaq asam. Setakat tu ja menu yang gua tau. Yang lain, nanti gua hantar pasukan perisik untuk intip menu-menu yang akan dihidangkan. Keh3x.


    ps: blog yang paling laju gua boleh view adalah blog Kak Cho. hehe. good job Kak Cho yang macho. haha.

    40 comments:

    Anonymous said...

    gulai btg pisang???

    eh, blog makdiva laju x??? :)

    hanie said...

    kahkahkah!! cilakak lu..wa pesen blog marhaen...cuma ada menatang gedik2 kat belah bwh nun.. :P

    M Y S H I said...

    ahahah

    daging cicah air asam sdap tuh!!

    sitinaminah02 said...

    MDT,

    gulai batang pisang, tak penah dgr ek? heheh.

    jujur cakap, agak slow nak buka blog MDT. hehe.

    sitinaminah02 said...

    kak cho,

    haha. ohhh..cakap cilakak ye kat aku. majuk!! tak mo cakap!! uwuwuwuw..

    itu psal blog kak cho laju. menatang gedik2 tu takpe, tak berat kot rasanya.hehe.

    sitinaminah02 said...

    miranisa,

    mai oh mai chek mai. hehe.

    jemput lah dtg nanti. ;p

    sahromnasrudin said...

    salam..blog aku slow gak ke? blog hang aku rase ok gak..tak la slow tahap siput babi cume tahap kerang je huhuhuhu

    ~Nur Zulaiha~ said...

    gua gua.. tak nak jmput p knduri kawin ka??? wa rasa wa nya page mcm kurang je menatang2 2 smua..
    lu rasa cm na???

    sitinaminah02 said...

    saheom,

    hmmm.. boleh lah. tak la slow sgt. kira ok lah.

    slow macam kerang? grrrr... kerang bakaq kat tanjung dawai kah? nyam3x.

    haha.

    sitinaminah02 said...

    nurzulaiha,

    ala.. lu lambat der.gua dh bgtau, gua jemput semua,nnti lu datang okeh.hadiahnya jgn lupa pulak.kah3x.

    latest entri lu psl laptop tu kan? gua tak perasan lah laju ker slow,haha.

    tehr said...

    setuju sangat
    blog juga perlu langsing untuk memikat hati pengunjung

    lari pun laju kalau2 ternampak hantu

    sitinaminah02 said...
    This comment has been removed by the author.
    sitinaminah02 said...

    tehr,

    blog kena langsing kan, kalo tuan blog tak berapa langsing tu kira ok lah kan. keh3x.

    hari2 minum teh,
    terima kasih tehr.

    haha.

    gadisBunga™ said...

    salam, try bukak blog kite pulak. slow ke laju?

    GC ni org kedah ka? sebab daging rebus cicah air asam tu sgt familiar dgn tekak kite. dan kaler hijau kuning ni pun. :D

    || NaFiRaa || said...

    tak de lah berat mana pon nak view page nih.. tapi kalo blog yg terlalu berat nak bukak.. mmg rasa geram.. nak2 kalo time tenet ngah slow.. haih!

    Unknown said...

    SALAM,
    KALAU BLOG BUKA SLOW, PENGUNJUNG BOLEH LARI. ORANG YANG MENJENGUK BLOG KITA TAK MAHU TUNGGU LAMA. KITA KENA TANYA PAKAR KOMPUTER UNTUK MENGETAHUI CARA MENANGANINYA.

    Oh Malaysia said...

    kuningnya. hehe. xpe asalkan x serabut... :D

    Relevan said...

    Blog gua kalu nak laju cuba surf atas Jet..tentu laju punya..

    ahmad humairi said...

    salam raya nam,

    blog aku slo tahap siput, tapi d apat kalahkan arnab yang laju....tapi tido...hehe.

    maaf zahir batin.

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    takkan belog gua tak cukup ringan lagi kot?

    sitinaminah02 said...

    gadisBunga,

    haha.dah buka, dan dah folo pun. laju, sangat laju.tak ada widget2 bombastik yg buat blog jadi berat.

    bagus2. hehe.

    yup,betui lah tu orang kedah. pure kedah.keh3x.

    sitinaminah02 said...

    kak nafira,

    betul ek tak slow? riso jgk kalo slow,sebab tu avoid to put any widgets dalam ni. keh3x.

    biar slow macam sipot babi, janji bukan b_bi. haha.

    sitinaminah02 said...

    Luahfikiran,

    pada hemat sy yang kurang pakar bab2 IT, sekiranya blog kita mengandungi terlampau byk widget mahupun video, akan melambatkan lagi proses utk view sesebuah blog.
    hehe.


    *pehal tetiba skema lak nih.haha.

    jalanjatuh said...

    dulu speed blog aku pon laju semacam gak sebab xde flash content,,
    tp semenjak due menjak neh.. da semput.. tp bule la nak challenge..=)

    sitinaminah02 said...

    oh Malaysia,

    apa yg kuning? gigi kuning kah? har har har.

    so, amacam, serabut kah?

    sitinaminah02 said...

    relevan,

    wow.. dah try view guna jet. sgt laju okehhhh.. hebat lah blog hincik relevan.. hehe.

    sitinaminah02 said...

    cikgu humairi,

    ohhh..faham sgt kata2 tersirat di sebalik komen cikgu tu. biar jadi sipot, bergerak perlahan2 dari jd arnab yg laju tp tertido. haha.

    ntah hapa benda lah komen ni. layan je lah.. wahahaha.

    sitinaminah02 said...

    stiffler kacak,

    gua dah timbang berapa kilo blog lu, wahhh.. sangat ringan lah. seperti sehelai rambut.

    ringan.memang ringan.

    keh3x

    sitinaminah02 said...

    jalanjatuh,

    ada orang prefer letak macam2 kat blog,tp tu terpulang lah hak masing2 kan nk deco cmne blog depa.

    tp ada certain blog yg bila aku nak view, PC jadi slow.so tak dapat la nak visit.

    ardzmarn said...

    erk.. blog gua amacam .. laju ke tak?
    kalau berat gua nak buang widget segala tu.. kalau berat jugak lagi, dengan posting posting gua buang .. biar tinggal tajuk je.. amacam?


    :)

    Aleen Aiden said...

    erk,sup makan dgn ayaq asam?bukan sup makan dgn sambal kicap ke...ghang pesen lagu 2 ka?

    Kuasai Minda said...

    Knp gulai batang pisang tak dak?
    Kat sana kan gulai tu glamour de amor bagai nak rak...
    Apapun ayar asam tu pun dah buatkan kecut lidahku ini...terasa macam nak pi kenduri GC le plak...

    Aida Azryn said...

    Blog gua laju x weyh?hehe~:D

    Aujinz said...

    gua rase, blog gua pun berat...
    koh koh koh..

    Amir Syahir said...

    nak antu bg tmpat sembunyian pok ke..hee

    sitinaminah02 said...

    ardzman aka abang man yang kacak,

    gua setuju kalau lu nak delete semua posting lu. setuju sangatttzz. sila buat sekarang, gua nak tengok. haha.

    sitinaminah02 said...

    aleen,

    daging tu depa buat sup,makanya ang boleh ambik daging tu cicah dgn ayaq asam. aku malas nak story banyak2 kat ang, kalo nak, nanti ang mai lah. haha.

    sitinaminah02 said...

    kuasai minda,

    ayah cakap, time tu musim raya, jadi buat daging cicah ayaq asam tu lebih afdal. haha.

    oit, mai lah kenduri nnti. hehe.

    sitinaminah02 said...

    aida,

    blog lu tu penuh dengan widgets, blink2 icon. slow gua nak buka. tp jangan la amek pusing apa kata gua, just maintain dgn yg sedia ada. okeh? hehe.

    blog tu blog lu orang, suka hati lah apa lu orang mau buat. ;p

    sitinaminah02 said...

    aujinz,

    berat macam anak gajah! haha.


    hiro,

    apo kobondo lu merepek ni der?

    Total Pageviews

    My Followers