• News

    05 March, 2022

    Vaksin Untuk Kanak-kanak

    Assalamualaikum 


    Sebenarnya, aku masih pegang konsep tunggu dan lihat pasal vaksin untuk kanak-kanak ni. Selagi belum diwajibkan, aku ingat, aku nak hold lagi decision nak vaksin anak-anak. 


    Aku ada 4 orang anak yang mana 4 orang ni dah layak untuk ambik vaksin, tapi tu lah, aku macam 50 - 50 nak vaksin budak-budak ni. Banyak kali jugak aku tanya suami aku, macam mana, nak vaksin anak-anak tak? Dia pulak yang tanya aku, anak-anak macam mana?


    Jujurnya, anak-anak aku si Aimy dengan Amna memang excited nak vaksin, asyik tanya bila nak bawak depa pi cucuk vaksin. Aku je lah yang asyik delayed nak bawak depa, sebab risau. 


    Fikir punya fikir, aku rasa it’s better to get budak-budak ni vaccinated sebab sekarang banyak sangat budak-budak yang dah kena covid, so aku pun fikir, ok, aku bawak Amna dengan Aimy ambik vaksin dulu minggu ni, then minggu depan Emran dan Aleeya pulak.


    Terpaksa aku cancelled kan plan aku, Aleeya tiba-tiba pulak demam pagi sebelum subuh tadi. Risau pulak nak bawak Aimy dan Amna pi ambik vaksin, tunggu semua sihat baru lah bawak pergi ambik vaksin.


    Beberapa hari lepas ada nampak Doktor Diong share dekat Fb yang Klinik Diong @ Klinik Sejati Maternity dah open untuk vaksin kanak-kanak, aku prefer bawak anak-anak pergi vaksin dekat sana sebab first dan second dose aku haritu pun dekat sana. Dengar cerita, PPV Marina Island pun ada buka untuk vaksin kanak-kanak jugak.


    Insyaallah, aku akan ambik jugak vaksin untuk anak-anak, sebab aku rasa vaksin ni ikhtiar daripada tak ambik apa-apa precautions. Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari segala jenis penyakit dan bahaya. Amin.





    Aleeya demam panas pagi tadi. Terkejut aku, bila pegang badan dia yang panas membahang tu. Pagi ni dah bangun mandi air suam. Cepat sihat anakku!





    3 daripada 4 anak-anak aku yang dah boleh vaksin. Nanti mama bawak korang pergi cucuk vaksin ye. Mama risau, banyak sangat kes budak- budak yang positif covid. Semoga Allah terus jaga dan lindung anak-anak mama.


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers