• News

    28 January, 2022

    Pasang Tikar Getah Di Rumah Sewa

     Assalamualaikum 


    Bulan ni agak kurang update blog. Penat! Banyak fikir, tambah-tambah aku dah start reno rumah sewa aku. Tukar jamban cangkung ke jamban duduk, pasang sekali shower, betulkan sinki, betulkan mozek yang dah tercabut, tukar partition bilik, tukar pintu, simen bahagian porch, keletung keletang, gedebuk gedebik habis RM8 ribu. 


    8 ribu ye, bukan 8 kupang, bukan 8 ringgit. Hahahaha. Untuk orang yang berduit, apalah sangat 8 ribu tu kan. Tapi tak apa, jangan nak bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang. Rezeki masing-masing. 


    Disebabkan rumah sewa ni memang tak pasang mozek, jadi aku decide nak pasang tikar getah. Nampak cantik sikit lah kot kan. Beria pergi rumah, ukur dulu berapa panjang, berapa lebar, last-last beli tikar getah tak cukup pun. Cukup-cukup untuk kawasan hall je. 


    Tapi harga tikar getah pun tak murah jugak. Mula-mula tanya kedai hardware tu, segulung tikar getah bersamaan 25 meter, harga dia RM195. Rasa macam mahal. Survey kedai lain, 1 meter RM10. Eh, mahal lah. Hahahaa..


    Last-last, lepas ukur panjang lebar rumah sewa, kami ke kedai Lean Wang Hardware, harga kat situ agak murah compare to 2 kedai yang kami pi sebelum tu. Ramai orang petang tu, nampak sangat kedai hardware ni famous dekat Manjung ni. 




    Kami pilih design tikar getah yang macam ni. Masa ni, kami confident sangat yang tikar getah ni cukuplah untuk hall dan 2 bilik kat atas tu. Tapi lawaknya, of course la 11 meter tikar getah tak cukup nak tampung keluasan hall dan 2 bilik. So terpaksa lah beli lagi tikar getah.


    Unfortunately, design yang kami beli dan pasang dekat hall tu tak cukup, jadi terpaksa tukar design yang lain. Tapi aku pilih design yang almost dekat-dekat dengan design 1st yang kami pilih. Since laki aku dah balik ke KL, terpaksa lah aku ajak Emran & Amna teman aku pi pasang tikar getah dekat rumah sewa.


    Sumpah letih weh! Berpeluh-peluh kami malam tu. Pasang tikar getah laju-laju sebab kami nak balik awal sebelum pukul 9 malam sebab ada cerita Udairiyan dekat Astro 116 kot. Tapi mana sempat nak siap awal, penat tu Allah je yang tau macam mana. Dalam 9.30 malam macam tu lah baru kami sampai rumah, tak sempat nak tengok cerita Tejo & Fateh. 




    Ini la design yang aku pilih lepas 1st corak tikar getah tu tak cukup nak pasang dekat hall dan 2 bilik tidur.



    Dah siap pasang dekat dua2 bilik. Penat tak payah cakap lah, peluh menitik-nitik. Kalau lah banyak duit, boleh ke pasang mozek terus 1 rumah. Takpun, upah je orang pasangkan tikar getah.


    Jadi for those yang cari rumah sewa dekat Manjung, boleh la contact aku. Details seperti dibawah ye;

    Rumah untuk disewa di Fasa 1E,Manjung Perak

    Rumah 2 bilik, 1 bilik air
    Sewa sebulan RM600 ( deposit Rm600 rumah + deposit api 150 dan deposit ayaq RM150.
    No.telefon untuk dihubungi, 0194463601


    Lokasi rumah ni dekat dengan Stadium Manjung, Hospital Manjung, dekat IKM, dekat dengan IPD Manjung, pendek kata memang dekat dengan semua kemudahan yang ada dekat Manjung ni.












    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers