• News

    23 November, 2022

    Missing In Action

    Teruknya bulan November ni, sangat sedikit aku update blog. Sampai hampir terlupa yang aku ada blog yang harus diupdate hari-hari, ibarat macam ada peminat setia kat luar sana yang menanti update-update terbaru daripada aku. Hahahaha. 



    Nak cerita daripada mana ye. Urmm.. kita mulakan dengan new project yang akan datang kot. By the way kan sekarang musim hujan, so ada la 2, 3 tempat yang ayaq dah naik. Jadi, aku cadang nak kutip dana, nak beli air mineral, roti, biskut dan barang keperluan lain untun mangsa banjir. Macam biasa, dah ajak Solihin sekali sebab kami selalu buat sama-sama, dia pun on je. Tapi harap pakcik tu sihat la, kesian tengok dia sekarang, tak sihat memanjang.



    Aku dah share pasal project ni dekat whatsapp status dan FB aku, Alhamdulillah dah ada yang transfer. Berapa ringgit nak transfer pun tak kisah sebenarnya, I’m not judging you. Berapa dapat, kita kumpul, dan kita beli setakat mana yang kita dapat tu lah. Mungkin tak meet expectation kita untuk beli itu ini, but at least ada. Betul tak?



    Tak bincang secara detail lagi pasal ni, bila nak close dana, bila nak hantar semua tu, sebabnya dana pun tak banyak lagi. Ikutkan jumlah mangsa banjir tu dalam 200 lebih jugak, so mesti lah banyak jugak yang nak kena cari ni. Tapi setakat mana ada, kami proceed je, risau nak pegang amanah orang (duit yang orang bagi) ni lama-lama. Takut wooii… 


    Ok, settle cerita bab bantuan dana untuk mangsa banjir. Nak cerita bab apa lagi ye. Ok, nak cerita pasal World Cup! Haahaha. Tibeee minat sukan. Ehhh, sis memang minat sukan, kenal jugak lah pemain bola sepak local dan luar negara. Hahahaha.



    Haritu teman suami pergi urut tangan kiri dia yang bengkok dekat salah satu booth yang ada dekat Medan Selera Manjung Musang King (MSMMK) - panjang betul ye nama tempat ni. Hahahaha. So masa tengah lepak kat situ, layan lah dulu game bola Terengganu menentang Selangor kalau tak salah aku. 





    Ya rabbi! TV kat situ besar gila, memang puas hati lah kalau kau nak layan tengok bola gamee tempatan ker, World Cup ker kat situ. TV besar oii, memang puas hati! Tak muat rumah aku tu kalau nak pasang TV macam tu, berapa ringgit la eh TV besar gedabak macam tu. Ok, yang mana nak layan World Cup nanti, boleh lah pi ke Medan Selera Manjung Musang King nanti. Siap ada orang busking kat situ, best gila wehhh.. Makan minum jangan risau, ada banyak gerai kat situ.



    Ok, tu je lah nak cerita buat masa ni, nak sambung makan epal hijau yang dah lama beli tapi tak habis-habis makan ni, siap dah lebam epal hijau ni, kesian dia! Epal hijau ni kurang digemari, sebab masam. Laki aku sorang je kot yang makan epal hijau ni, anak-anak aku memang langsung tak makan lah, deme tak gemor. Ni aku terpaksa lah makan, takkan nak membazir, membazir kan amalan syaitan. Hahahaha.


    Epal hijau yang dah lebam 😂


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers