Wednesday, September 12, 2018

Mama ada baby lagi??

Thanks Amna,

Tolong pakaikan stoking kat mama.

Ni la jadi bila mak hang jarang2 pakai kain batik kat rumah, bila pakai, anak ingatkan kita dalam pantang.

Dulu masa dalam pantang, selalu mintak tolong anak2 pakaikan stoking. Hahahaaha...


Monday, September 10, 2018

Our short trip to Ulu Chepor

Harini still cuti, kami balik Ipoh. Jenguk mak ayah. Raya haji haritu tak dapat balik sebab cuti sehari je. Emran pun masa tu tak sihat. Muntah non stop. Huhu..

So, 1 day before trip ke Ulu Chepor ni, mak cakap banyak tulang & daging dapat korban haritu, so mak suruh buat sup. So, buat la sup 1 periuk besaq.


Paginya bakaq ayam & sosej yang mak dgn syida dah perap malam tu. Tah sapa punya ixea tiba2 ajak pi berkelah kt Ulu Chepor. So jenuh jugak la nak kemas2 semua banrang. Dengan nak siapkan barang anak2 lagi.





Best dapat mandi2. Ok jugak la dapat mandi kat sini. Orang ramai gila, nak parking pun susah. 








Tuesday, July 24, 2018

Jelly Longan Feat Jelly Kelapa

Masa keluar lunch tengahari tadi, belek2 kotak kat luar kedai makan tu, tengok ada depa juai jelly longan dengan jelly kelapa. Dah set kat kepala, satgi habis makan nasik, aku nak beli la jelly longan dengan jelly kepala ni. Petang2 satgi lapaq time buat keja, boleh makan.

So, bila dah masuk ofis balik, kalut2 try jelly longan tu. Sebekas RM 1. Bila try, wallawehhh.. sedap laa.. ofismate yg sama2 beli tadi pun cakap, "Siti, sedap la.. Rugi la beli 1 je".. Hahaha...

Ok fine.. esok kita beli lagi.. 


Resepi ikan siakap stim

Balik rumah mak mertua haritu, mak mertua suruh masak siakap stim! Hahaha.. biasa mak mertua yang masak, kali ni mak mertua mintak menantu yg masak. Menggigil haaa nak tunjuk skill memasak yg tak seberapa ni.. 😚😚😚

Kalau kat rumah pun biasanya suami yg masak siakap stim ni. Tapi nasib baik la sebelum ni pernah jugak la cuba2 masak siakap stim ni. So, pagi tu kami keluar beli barang2 nak masak kat Pasar Chemor. Best jugak pasar ni, bukan jual ikan sayur je, macam2 ada.

Aku siap shopping kasut untuk Emran, Amna & Aimy. Tak lupa kasut kerja untuk diri sendiri. Pusing2 lagi, ternampak seluar track hitam, memang dok cari pun, nak beli kt Emran. 😁😁

Ok, berbalik pada cerita siakap stim, bahan2 dia mudah je. Kome potong la sayur mayur macam carrot, kobis bunga, serai diketuk2, bawang, halia, cili diketuk2 jugak, sos tiram, kiub ayam dan sedikit garam. Masukkan air sikit. Tak lupa, asam masin 5, 6 bijik. Eh, kalau ada cendawan, masukkan cendawan sekali. 

Lepas tu kukus je laaa.. then, siapppp... Dah boleh makan. Yeayy.. 

Monday, July 16, 2018

Hari sukan Tadika Al Kahfi 2018

Sabtu lepas, 14hb Julai 2018 berlangsungnya hari sukan tadika Amna. Aku cuak jugak ni sebab nak usung 4 ketoi anak ke sana sebab bapak depa ni takdak, macam biasa la, menjaga perairan negara. Ceh! Hahaha..

Rumah sukan Amna, team yellow jadi juara keseluruhan. Aku walaupun berdukung dengan si kecik Aleeya ni, pulun jugak la pi sokong. Well, mama is over sikit, dok jerit2 "Amna.. Amna.. Amna.." hehehehe..


Tahniah Kakak, mana tau satu hari nanti, kakak jadi atlet sukan negara. Hehehe

Muka sang juara! Yahuuuu...

Mama belanja aiskrim.. 

Muka mama bulat seketoiiii... 

Thursday, May 24, 2018

Check in klinik gigi

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Tak sure hari ni ramadhan ke berapa. Tapi gigi ni memang dah lama sakit. Penah sebelum ni sakit gigi sampai bengkak muka. Huhu..

Since semalam gigi ni rasa macam bleeding, so pagi ni awal2 dah check in klinik gigi. Sebenarnya, takut jugak nak jumpa doktor gigi. Sebab tu sanggup je menanggung sakit. Kalau teruk sangat, pi beli ubat tahan sakit kat farmasi. Huhu..


Selalunya kalau nak jumpa doktor gigi, aku pi private clinik, Klinik Pergigian Manjung area TF tu, tapi disebabkan belum gaji, hahaha.. dan duit gaji pun tinggai berapa ja, so aku mai klinik gomen dah la. Service pun not bad. Hahaha..

Please for me! 

Aku takut ni. Hahahahaa...



Tuesday, May 22, 2018

Nasi goreng sedap air tangan suami

Tajuk kemain lagi!

Hahahaha..

Honestly, TQ papa sebab tolong masakkan nasi goreng untuk sahur. Lauk untuk berbuka pun papa yang masak.

Mama balik kerja, pukul 6 lebih baru sampai rumah. Papa dah ambik Emran & Amna dari tadika. 

Kalau papa takdak, mesti rushing mama nak buat semua kerja ni sorang2. Huhu..

TQ papa for everything.. 



Saturday, May 19, 2018

Cerita puasa ketiga


Pagi tadi, bapak mertua ajak jalan2 tengok tanah lombong yang ktorang dah tambak sebelum tu. Tanah tu sebenarnya belum siap, still banyak nak kena tambak. Tapi saja la bapak mertua nak ajak pi tengok progress tempat yang ktorang dah tambak tu.

So far, dah tak banyak sangat nak kena tambak. Tapi kena tambah sikit duit la nak cari tanah dan lori untuk make sure tanah tu betul2 kejap dan sesuai nak buat rumah. 




Harap2 usaha nak ada tanah ni berjalan lancar. Aminnn.. sebab dah keluar banyak modal jugak ni.. huhu..


Setel tengok2 tanah tu, kami pi jalan2 ke air terjun ulu chepor. Sejuk betoiii airnya.. sunyi je sebab pagi2 kami dah sampai situ. Lagipun bulan puasa, tak ramai kot yang nak ke sana.




Tuesday, May 1, 2018

Selamat tinggal dunia.. Al-fatihah buat Abang Tat

Assalamualaikum sahabat semua.. sedih rasa hati ini bila dapat khabar yang Abang Tat dah kembali ke rahmatullah.. taktau kenapa, rasa macam kehilangan seorang ayah.. mungkin sebab Abang Tat sakit macam arwah ayah dulu..

Sempat ziarah Abang Tat minggu lepas, bawak anak2 yang super active, aku tak dapat nak spend banyak masa sembang dengan Abang Tat.. tapi dia masih kenal aku.. bila aku pegang tangan dia, aku tanya dia, sakit tak ni kalau pegang macam ni, dia kata tak sakit pun. Lepas tu dia pegang tangan aku, tekan2 kat perut dia. Sedih aku masa tu.. 

Al fatihah buat Mokhtar bin Saad.. 


Thursday, April 26, 2018

Jeruk petai with love


Alkisahnya aku dengan adik pi melawat sepupu dekat Selayang. Bertolak dari Manjung dah dekat pukul 11 pagi, kami guna jalan Teluk Intan. Masa lalu area Sungkai sana, meriah betul kiri kanan depa dok jual petai. Kami adik beradik memang hantu petai. 

So, balik dari ziarah Abg Tat, kami singgah la beli petai. 6 keping rm10. Gemuk-gemuk macam aku jugak isi petai tu. So beli la rm20. Aku sikit, adik aku sikit. 

Sampai Manjung dah maghrib dah, gigih kami pi beli nasik kukus ayam berempah sebab nak makan dengan petai. Hahaha.. 

Aku malas nak buat sambal petai, makanya aku buat la jeruk petai. Buat hari ahad, semalam hari rabu, dah ok dah jeruk petai tu. Kalau baru sehari dua buat, rasa petai tu belum kick lagi.



Ni cerita semalam. Test makan jeruk petai dengan koteaw goreng. Kahkahkah.. sedap walawehhh.. menjadi dah jeruk petai aku.. tak boleh tunjuk kat Amna dengan Aimy, depa hantu petai jugak.. 

Saturday, March 3, 2018

Dapat balik blog lama aku

Yeayy.. dapat balik blog lama aku
Alhamdulillah
Seronok pulak

Blog ni wujud masa zaman aku bujang lagi
Dan sekarang aku dah ada 4 anak
Hahahaha
Ya, 4 orang anak

Aku nak rajin2 update blog lepas ni
Kalau boleh, nak keep semua memory kat sini
Kadang2 letak kat fb, laki aku tak suka
Padahal benda tu bagi aku takdak apa pun
Hahaha



Saja nak tayang gambar anak sulung aku
Muhammad Aliff Emran masa konvo tadika dia dulu
Mama proud of you abang