IBU TIRI TUA

Memang aku bukan ibu mu
Ibu yang melahirkan mu


Panggil saja aku ibu tiri jika kau mahu..


Aku lah si ibu tiri tua yang kecewa
Anak yang aku anggap seperti anak kandungku
Sanggup menghina aku


Memang bukan aku yang mengandungkan mu
Melahirkan mu dan menyusukan mu
Tapi ingatlah wahai anak
Aku lah si ibu tiri yang membela mu dari hari aku menikah dengan ayah mu
Sehingga kamu dewasa dan berjaya


Aku lah si ibu tiri tua yang merasa bangga dengan kejayaan mu wahai anakku....


Tapi, adakah aku layak memanggil mu anak??


Sedangkan di belakang aku, kau buruk-burukkan aku?
Kau katakan, aku tidak pernah membela mu


Jadi, siapa yang membela mu?
Ayah mu?


Sedarkah kau anak, hanya ibu tiri tua ini yang bekerja
Ayah mu tidak bekerja
Aku lah si ibu tiri tua yang bekerja menyara keluarga kita


Aku lah yang mengeluarkan simpanan ku demi membelikan kamu komputer bila tiap kali kamu pulang ke rumah dan merengek-merengek minta di belikan komputer
Aku juga lah yang meminjam duit adik beradikku demi membayar pinjaman pelajaran mu
Aku juga lah yang menebalkan muka ku tiap kali kamu pulang ke rumah dan tiada bekalan duit untuk mu..


Terpaksa aku pinjam duit adik beradikku..
Ahhh... takkan ku ungkit susah payah ku membesarkan mu...
Biar lah...


Kau buruk-burukkan aku demi kesenangan mu wahai anak..
Aku redha, aku terima..
Kerana aku masih dan tetap seorang ibu..
Biarpun sekadar ibu tiri yang kau nafikan hak ku...

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post